UMRAH HANYA DIBENARKAN SEKALI SEMASA RAMADAN

[sg_popup id=”947″ event=”inherit”][/sg_popup]

Oleh HASIF IDRIS
13 April 2021, 5:30 pm

MEKAH: Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan setiap jemaah akan diberikan permit menunaikan ibadah itu hanya sekali semasa bulan Ramadan.

Jemaah yang memiliki permit Umrah menerusi aplikasi Eatmarna tidak boleh memohon permit baharu sebelum tarikh tamat tempoh.

Bagaimanapun, kementerian dalam kenyataan berkata, jemaah boleh mendapatkan permit menunaikan kewajipan solat fardu di Masjidil Haram di Mekah secara harian sepanjang bulan Ramadan.

Jemaah juga boleh memohon permit bagi menunaikan solat di Masjidil Haram dan mereka akan diberikan permit menunaikan solat lima waktu sehari bagi masa tertentu.

“Pengunjung tidak boleh mendapatkan permit melebihi sehari. Mereka boleh memohon pengeluaran permit bagi hari kedua selepas permit hari pertama tamat.

“Permit itu turut mengandungi kebenaran Solat Isyak serta solat Tarawih,” katanya.

Sementara itu, penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman memerintahkan supaya solat Tarawih dipendekkan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah semasa bulan Ramadan.

*Ketua Presiden untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais berkata, solat Tarawih akan dipendekkan daripada 20 rakaat menjadi 10 rakaat bagi mematuhi protokol pencegahan wabak Covid-19 serta menjaga keselamatan jemaah.*

Semasa bulan Ramadan, kapasiti Masjidil Haram ditambah sebanyak 50,000 jemaah Umrah yang sudah menerima suntikan vaksin serta 100,000 untuk pengunjung biasa. -SAUDIGAZETTE

https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/04/umrah-hanya-dibenarkan-sekali-semasa-ramadan/

.