Penerima Sinovac kini boleh dapatkan dos penggalak sebelum tunai umrah

Umavathi Ramayah
November 1, 2021 16:14 MYT

Penerima vaksin Sinovac yang akan mengerjakan umrah kini boleh memohon mendapatkan dos penggalak di PKD berhampiran. – Gambar fail/REUTERS

KUALA LUMPUR: Penerima vaksin COVID-19 Sinovac yang bakal berlepas ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah dalam masa terdekat, kini boleh membuat permohonan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berhampiran untuk mendapatkan dos penggalak.

Ia adalah sebahagian daripada syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi bagi membenarkan jemaah yang menerima suntikan vaksin keluaran syarikat China itu untuk menunaikan umrah.

Pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) memberitahu, permohonan itu boleh dilakukan bila-bila masa sebelum mereka berlepas dengan syarat suntikan kedua vaksin berkenaan telah melebihi tempoh yang ditetapkan.

Katanya, bagi penerima vaksin Sinovac, mereka boleh mendapatkan suntikan penggalak, sekurang-kurangnya tiga bulan menerima suntikan dos kedua.

“Kita sarankan mereka untuk membuat permohonan bila-bila masa untuk mendapatkan suntikan penggalak ini,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Isnin.

Sebelum ini hanya mereka yang menerima suntikan vaksin Oxford-AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Johnson & Johnson dan Moderna sahaja yang dibenarkan untuk menunaikan umrah dan haji.

Namun baru-baru ini, kerajaan Arab Saudi membenarkan individu yang mengambil suntikan vaksinasi Sinovac menunaikan umrah, dengan syarat mendapatkan dos penggalak seperti mana ditetapkan.

Syarat pengambilan dos penggalak itu hanya dikenakan kerajaan Arab Saudi kepada vaksin jenis Sinovac, sementara Pfizer dan Astra Zeneca tidak memerlukan dos penggalak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terima Kasih Kerana Melawat Website Kami

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Umrahku.my will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.