SOP, mekanisme penghantaran jemaah umrah November ini

Muhafandi Muhamad

Oktober 3, 2021 19:23 MYT

SOP, mekanisme penghantaran jemaah umrah November ini – Ahmad Marzuk

Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata perkara berkenaan akan dibincangkan dengan mendalam susulan kebenaran kuota 100,000 jemaah oleh kerajaan Arab Saudi. – Gambar fail/ Reuters

KOTA BHARU: Kerajaan akan memuktamadkan keputusan mengenai kuota, prosedur operasi standard (SOP) dan mekanisme penghantaran jemaah Malaysia mengerjakan umrah, November ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata perkara berkenaan akan dibincangkan dengan mendalam susulan kebenaran kuota 100,000 jemaah sehari oleh kerajaan Arab Saudi.

“Kerajaan pada hujung tahun ini akan memutuskannya… saya difahamkan bulan 11 final tentang bagaimana mekanisme untuk menghantar jemaah umrah… termasuk mengizinkan pihak tertentu menjalankan operasi bawa jemaah.

“Kuota bergantung kepada Arab Saudi… kalau dah bagi 100,000 sehari… itu jumlah besar dan kita akan mematuhi apa yang dtetapkan oleh Arab Saudi, barangkali ada pecahan untuk Asia dan itulah yang kita akan bincangkan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terima Kasih Kerana Melawat Website Kami

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Umrahku.my will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.