TIPS MEMILIH PAKEJ UMRAH

tips memilih pakej umrah

TIPS MEMILIH PAKEJ UMRAH

 

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Anda tidak sabar ingin tahu tips memilih pakej umrh dan anda merupakan baru pertama kali ingin melaksanakan umrah tapi anda tidak tahu atau takut tertipu dengan tawaran dan pakej daripada agensi pengelola umrah. Bagi mereka yang belum pernah menjejakkan kaki ke Makkah, semestinya anda mahukan tips memilih pakej umrah dan pakej yang terbaik supaya dapat menjalani ibadah tersebut dengan lancar tanpa sebarang permasalahan berbangkit setibanya di sana. Ibadah umrah pastinya memerlukan persediaan yang rapi baik dari segi mental dan juga fizikal.

Sebenarnya, sehingga kini kes penipuan pakej umrah masih berlaku dan juga keluar di dada akhbar.  Kes ini sebenarnya ramai yang telah menjadi mangsa kepada agensi yang tidak bertanggungjawab tetapi mangsa tidak tampil melaporkan kes melalui saluran yang betul kerana sebab-sebab tersendiri contohnya berasa malu atau menganggap tiada rezeki untuk mengerjakan umrah.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Umrah dan Haji?

Menurut statistik yang dikumpulkan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dari tahun 2012 sehingga tahun 2015 mencatatkan seramai 2761 orang mangsa yang telah ditipu dengan kerugian terkumpul melebih RM19juta. Sebelum anda menjadi mangsa anda mesti membuat sedikit kajian untuk dapatkan maklumat tentang agensi sebelum membuat keputusan dan kepentingan untuk mengetahui tips memilih pakej umrah adalah penting untuk mengelakkan perkara yang tidak diigini berlaku.

Saya akan kongsikan tips dan panduan untuk anda memilih pakej umrah yang terbaik dan boleh dipercayai supaya perjalanan ibadah anda lancar dan tiada sebarang masalah semasa atau sebelum tibanya di tanah suci. Antara tips memilih pakej umrah adalah :-

1.SEMAK STATUS PENDAFTARAN AGENSI

Perkara pertama yang anda perlu lihat adalah status pendaftaran lesen umrah kerana bukan semua agensi pelancongan boleh menawarkan pakej umrah. Menurut Pesuruhjaya pelancongan Datuk Hj. Ab. Ghaffar bin A. Tambi (2017), agensi yang menjalankan aktiviti umrah perlu mendaftar Lesen Khas Umrah (LKU) terlebih dahulu agar boleh mengendalikan pakej umrah.

Pemegang lesen perlu mematuhi syarat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pesuruhjaya  dari semasa ke semasa. Kegagalan pemegang lesen untuk mematuhi syarat-syarat akan dikenakan tindakan undang-undang. Peraturan pendaftaran Lesen Khas Umrah (LKU) membolehkan mana-mana pengendali pelancongan berlesen mempunyai senarai bidang dibawah:

  • Pelancongan dalam negeri (Inbound)
  • Pelancongan Luar Negeri (Outbound)
  • Agensi pengembaraan (Ticketing)

Foto Kredit: motac.gov.my

Sebelum membuat bayaran, pastikan anda membuat semakan terhadap lesen ‘outbound’ dan pengendali syarikat umrah tersebut.Ia boleh dibuat secara online melalui laman web berikut.

Anda boleh menyemak nama Syarikat yang telah berdaftar dalam Bidang Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan Luar Negeri Bagi Umrah Atau Ziarah (BU/1). Terdapat 675 Syarikat yang telah berdaftar dan mempunyai Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan Luar Negeri Bagi Umrah Atau Ziarah. Anda boleh menyemak untuk mengetahui lebih lanjut di link: http://www.motac.gov.my/semakan/umrah

2.SELIDIK LATAR BELAKANG AGENSI UMRAH: PENGENDALI/PENGELOLA)

Selidik lebih mendalam mengenai agensi tersebut. Buat semakan mengenai latar belakang syarikat dan ‘track record’ pengendali pakej umrah. Pastikan mereka ada Lesen Khas Umrah dan permit untuk ‘outbound’ yang sah, pengalaman agensi mengelolakan umrah dan urusan visa yang dikendalikan oleh agensi. Kerap berlaku kejadian penipuan berulang dari syarikat atau agensi pengelola yang sama.

Sepertimana mengenalpasti status pendaftaran agensi, bakal Jemaah juga di nasihatkan untuk melakukan semakan latar belakang agensi yang ingin di gunakan. Ini untuk memastikan agensi yang dipilih tidak pernah terlibat dengan kes-kes penipuan, di senarai hitam ataupun mempunyai masalah pengurusan Jemaah ketika menunaikan umrah ataupun haji. Bukan itu sahaja, bakal Jemaah juga boleh melawat agensi yang dipilih bagi memastikan bahawa agensi tersebut benar-benar wujud dan beroperasi secara sah.

3. BUAT PERBANDINGAN HARGA PAKEJ

Setiap agensi menawarkan harga pakej yang berbeza mengikut jenis-jenis pakej yang disediakan. Sebagai pengguna yang bijak, kita seharusnya meneliti tawaran-tawaran yang terdapat dalam pakej tersebut bagi memastikan harga yang ditawarkan bersesuaian dengan pakej yang ditawarkan. Semestinya kita ingin wang dikeluarkan benar-benar berbaloi dengan kemudahan yang bakal diterima.

Pastikan pakej yang ditawarkan oleh ejen umrah tersebut merangkumi semua perkara ini. Ia sepatutnya termasuk dalam pakej standard umrah.

  • Tiket penerbangan pergi dan balik
  • Visa Umrah
  • Penginapan
  • Jarak dari hotel ke Masjidil Haram
  • Makanan
  • Jadual perjalanan
  • Kursus bimbingan
  • Perkhidmatan Mutawif
  • Perlindungan skim takaful umrah untuk kecemasan, sakit, atau kematian

Simpan apa jua risalah, brosure, resit pembayaran dan dokumen berkaitan pakej umrah dan haji ditawarkan. Penting supaya boleh dijadikan bukti dan rujukan seandainya berlaku apa-apa masalah di kemudian hari.

4. SEMAK HOTEL ATAU PENGINAPAN YANG DITAWARKAN

Ini juga sebahagian daripada perkara yang perlu dititikberatkan semasa memilih pakej umrah. Anda perlu tahu jarak kedudukan tempat penginapan yang dipilih dengan Masjidil Haram. Ini bagi memudahkan anda untuk berulang-alik ke sana. Apa-apa pun, kita perlu tahu semakin dekat jarak hotel dengan Masjidil Haram maka kosnya juga mungkin bertambah. Kerana itu, pentingnya kita melakukan tinjauan terhadap pakej-pakej yang ditawarkan supaya kita boleh bersedia dari segi kewangan untuk mendapatkan tempat penginapan terbaik ketika menunaikan umrah.

Bukan itu sahaja, pastikan anda juga ambil tahu jenis bilik dan bilangan penghuni yang akan berkongsi tempat dengan anda. Ini adalah untuk memastikan keselesaan anda ketika berada di sana. Penginapan disediakan oleh pihak travel seperti:

  • Bilik Berdua – 2 katil sebilik
  • Bilik Bertiga – 3 katil sebilik
  • Bilik Berempat – 4 katil sebilik
  • Bilik Berenam – 6 katil sebilik

5. JENIS PAKEJ -FULLBOARD ATAU ADA PENAMBAHAN HARGA

Setiap agensi menawarkan pakej yang berbeza untuk menarik minat pelanggan. Anda sebagai pelanggan berhak untuk memilih perkhidmatan yang boleh memuaskan hati anda. Full board merupakan pakej yang menyediakan kemudahan sarapan, makan tengah hari dan makan malam kepada Jemaah semasa berada di Tanah Suci nanti. Pakej seperti ini dapat memudahkan para Jemaah mendapatkan bekalan makanan tanpa perlu berjalan ke luar hotel. Akan tetapi, sekiranya para Jemaah ingin mencuba menu tempatan, anda bolehlah berjalan-jalan di sekitar hotel tersebut untuk mendapatkannya.

6. KURSUS HAJI DAN UMRAH PERCUMA

Bagi bakal Jemaah kali pertama, sememangnya kursus ini sangat penting kerana mereka memerlukan bimbingan yang praktikal terutamanya berkaitan rukun serta larangan-larangan ketika menunaikan ibadah tersebut. Walaupun terdapat buku-buku dan video-video berkaitan umrah, tetapi itu belum mencukupi. Dengan adanya kursus ini, bakal Jemaah dapat bertanya secara terus daripada mutawwif yang berpengalaman sekiranya terdapat kekeliruan tentang hukum-hakam semasa ibadah umrah.

7. PENGURUSAN VISA

Proses mendapatkan visa bukanlah sesuatu yang mudah dan ianya memerlukan kecekapan pihak agensi untuk menguruskannya. Jemaah perlu mendaftar visa terlebih dahulu kerana tanpa visa, bakal Jemaah tidak boleh menunaikan umrah mahupun haji. Segala dokumen-dokumen pihak agensi akan menyenaraikan kepada para Jemaah di dalam website travel agen sebagai rujukan. Selain itu, para Jemaah perlu menyerahkan segala dokumen mengikut tempoh yang dijelaskan.

Selepas itu, pastikan anda memperoleh visa sebelum berlepas ke sana dan kebiasaannya agensi yang berpengalaman akan mempunyai hubungan baik dengan kerajaan arab saudi.

8. MUTAWWIF BERPENGALAMAN

Mutawwif adalah individu yang penting kerana anda akan bergantung kepada mereka sepanjang berada di sana. Jadi pastikan agensi yang anda pilih mempunyai mutawwif yang terlatih dan berpengalaman menguruskan Jemaah. Jika berlaku sebarang permasalahan ketika menunaikan umrah, anda boleh merujuk kepada mereka secara terus. Oleh itu, kenalpasti bakal mutawwif anda sebelum memilih pakej yang diinginkan.

9. SYARIKAT PENERBANGAN

Terdapat pelbagai jenis syarikat yang menawarkan perkhidmatan penerbangan ke Tanah Suci. Bagi mereka yang inginkan penerbangan secara terus dari Malaysia ke Jeddah, anda boleh mendapatkan pakej umrah yang menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines dan Saudia Airlines.

Bagi bakal Jemaah yang ingin menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan yang lain, anda tidak perlu risau kerana terdapat pelbagai syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan yang sama. Bezanya, anda akan ditransit sementara meneruskan penerbangan seterusnya. Bukan itu sahaja, harga tiket juga pastinya berbeza mengikut perkhidmatan yang ditawarkan. Manakala, bagi harga tiket juga boleh mempengaruhi harga pakej yang digunakan

 

INGIN TRAVEL DENGAN HARGA YANG BERBALOI? DENGAN SITUASI PANDEMI COVID-19 EKONOMI ANDA MENURUN? JANGAN RISAU TERLAJAK TRAVEL AGENCY KAN ADA.

 

10. INSURANCE DAN TAKAFUL

Pastikan didalam pakej mempunyai perlindungan insurans ataupun takaful kerana kita tidak dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Oleh itu, pastikan diri anda dilindungi dengan skim insurans sekiranya berdepan kes kecemasan atau kematian. Sekiranya anda tidak mengambil insuran anda terpaksa menggunakan wang yang banyak di sana.

11. ZIARAH

Ziarah adalah salah satu pakej tambahan untuk menarik minat anda. Bagi mereka yang pertama kali pergi ke Maakah saya yakin anda mengiginkan untuk melawat tempat-tempat yang mempunyai sejarah berkaitan Islam. Terdapat juga pakej-pakej yang menawarkan ziarah umrah seperti ke Turki dan Jordan. Sekiranya anda berminat dengan pakej seperti itu, anda boleh layari website atau dapatkan brochure daripada agensi-agensi yang menawarkan pakej perkhidmatan umrah dan ziarah yang di inginkan untuk membuat perbandingan ataupun boleh juga menghubungi kami kerana kami juga menyediakan pakej umrah ziarah.

Harapan saya agar bakal jemaah dapat menjadikan perkongsian ini sebagai panduan asas dalam memilih pakej umrah terbaik dan juga mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan daripada agensi pengelola umrah. Nasihat saya berhati-hati memilih agensi kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa penipuan agent palsu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *