HUKUM MEMAKAI PELITUP MUKA KETIKA IHRAM

hukum memakai pelitup muka

Hukum memakai pelitup muka dan penjarakkan saf semasa mengerjakan solat adalah topik yang bakal dibincangkan. Seperti kita semua sudah tahu, kita kini berhadapan dengan pandemik wabak virus covid-19, jenis penyakit virus yang berjangkit melalui sentuhan. Penyakit wabak ini telah menyebabkan kita terpaksa mengkuarantin diri dalam tempoh yang agak lama bagi tidak menyebarkan penyakit ini kepada orang ramai. Namun begitu, hukum memakai pelitup muka ketika ihram dan penjarakkan saf semasa mengerjakan solat di tanah suci telah dibincangkan. Kini kerajaan mula memberi kelonggaran kepada rakyat Malaysia untuk menunaikan ibadah haji dan umrah dengan bersyarat, dan hukum memakai pelitup muka dan penjarakkan saf semasa mengerjakan solat di tanah suci telah di tetapkan. Para jemaah haruslah mengikuti segala anjuran dari pihak kerajaan Malaysia demi menjamin keselamatan dan keselesaan rakyat Malaysia di Arab Saudi.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Umrah dan Haji?

Hukum pemakaian penutup mulut dan hidung (face mask):

Bukan itu sahaja, pintu-pintu masuk ke negara lain mula dibuka. Terkini Arab Saudi mula membuka negara mereka untuk para jemaah menjalankan umrah dengan syarat sudah mendapat vaksin. Namun begitu, terdapat beberapa bertembungan tentangan di antara langkah pencegahan wabak covid-19 m dengan perkara wajib umrah seperti larangan ihram iaitu menutup muka.

Oleh yang demikian, menjadi persoalan dalam kalangan bakal jemaah akan pemakaian penutup mulut dan hidung (face mask) semasa melakukan ibadah umrah dan haji. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan hal ini telah pon dibicara oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-89 yang bersidang pada tahun 2019.

Para Fuqaha telah mengeluarkan hukum bahawa pemakaian penutup mulut dan hidup bagi mencegah penularan wabak adalah harus dan tidak dikenakan membayar dam. Perkara ini sepadan dengan hadis yang diriwayatkan Imam Muslim daripada Jabir r.a dimana Baginda bersabda

Maksudnya Tutuplah bejana dan tutuplah tempayan kerana pada suatu malam dalam setahun penyakit menular berjangkit. Setiap bejana atau tempayan yang didapatinya tidak tertutup, nescaya benih penyakit itu akan hinggap ke dalam bejana itu.” (Riwayat Muslim, Ṣaḥīḥ Muslim, kitab al- ’Ashribah, bab al-’Amr bi Taghṭiyat al-’Inā’, no. hadis 2014)

 

INGIN TRAVEL DENGAN HARGA YANG BERBALOI? DENGAN SITUASI PANDEMI COVID-19 EKONOMI ANDA MENURUN? JANGAN RISAU TERLAJAK TRAVEL AGENCY KAN ADA.

 

Hukum penjarakan saf  (sosial distancing):

Perkara yang sama juga dengan menjarakan saf ketika mengerjakan solat secara berjemaah. Hukum asal merapatkan saf adalah sunat yang salah satu dari Sunat-Sunat Hai’ah. Bukan rukun atau sunat ab’adh. Perkara ini juga ada disabda oleh Baginda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud

سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلَاةِ

Luruskan saf-saf kalian, kerana meluruskan saf termasuk dalam sebahagian menegakkan solat (berjemaah)“ Riwayat Bukhari (690).

Manakala jika merenggangkan saf, ia akan menjadi makruh malah meluputkan pahala solat berjemaah. Akan tetapi, jika kita berada dalam satu situasi yang menyebabkan satu keperluan kita dalam meninggalkan sunat yang dikerjakan, maka hal itu tidak jatuh makruh atau haram. Perkara ini dipandukan berdasarkan kaedah

الضَّرُورَاتُ تُبِيحُ الْمَحْظُورَاتِ

“Perkara-perkara darurat itu mengharuskan perkara-perkara yang dilarang” (Rujuk al-Asybah wa al-Nazha’ir)

Kesimpulan:

Tuan-tuan dan puan-puan,

Islam sangat meneliti berat soal kesihatan dan nyawa seseorang. Perkara ini juga merupakan sebahagian dari maqasid syariah yang menjadi panduan ulama dalam mengeluarkan fatwa. Oleh itu, jika sesuatu penyakit menjadi wabak yang boleh mengancam kesihatan dan nyawa maka Islam memberi pengecualian dan kelonggaran kepada para jemaah dalam menjalankan ibadah mereka tanpa perlu merisaukan soal keselamatan mereka. Hal ini membuktikan sesungguhnya islam adalah agama yang sempurna dimana ia yang membela dan menjaga kebajikan setiap penganutnya.

Oleh yang demikian, sama-sama kita membanding bahu membantu antara satu sama lain dalam mencegah dan menyebarakan lagi penyakit wabak ini. Sesuai dengan tuntutan Nabi s.a.w yang bersabda

Bermaksud Janganlah didatangkan yang sakit kepada yang sihat.” (Riwayat al-Bukhārī, Ṣaḥīḥ al-Bukhārī, kitab al-Ṭibb, bab Lā Hāmah, no. hadis 5437)

Semoga dengan ujian diberikan dapat kita mengambil ikhtibar agar kita lebih dekat kepada Pencipta Yang Maha Satu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *