10 juta jemaah tunai umrah sejak prosedur keselamatan dilancar

JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan lebih 10 juta jemaah berjaya menunaikan ibadah umrah sejak 4 Oktober tahun lalu menyusuli pelancaran prosedur ‘umrah selamat’ selain amalan harian dan ibadah secara normal dibenarkan secara beransur-ansur di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Kementerian itu turut mendedahkan bahawa lebih 12,000 visa dikeluarkan sejak Arab Saudi menyambut kedatangan jemaah dari luar negara pada 10 Ogos lalu, lapor Saudi Gazette.

Kementerian itu menyatakan pihaknya memberi jaminan akan terus berusaha untuk menjaga kesihatan dan keselamatan jemaah serta pengunjung ke masjid-masjid.

Ia juga menggesa semua pihak supaya menuruti arahan dan mematuhi langkah pencegahan yang ditetapkan negara itu bagi mengekang penularan COVID-19.

Memetik laporan Saudi Gazette, Arab Saudi menyasarkan 3.5 juta jemaah dan pelawat mengunjungi kedua-dua masjid suci itu dalam tempoh sebulan.

Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Abdulfattah Mashat, berkata kapasiti ketika ini adalah 70,000 jemaah sehari.

Beliau menambah vaksinasi penuh adalah prasyarat untuk jemaah umrah dan jemaah lain dibenarkan mengunjungi Masjidil Haram serta Masjid Nabawi.

Permit dikeluarkan melalui aplikasi Tawakkalna. Pihak berkuasa kesihatan negara itu meluluskan pemberian vaksin untuk individu berusia 12 tahun ke atas.

Encik Abdulfattah berkata kementerian itu membuka semula ibadah umrah untuk jemaah dari luar negara pada 10 Ogos.

Beliau menambah satu sistem prosedur, kawalan dan peraturan untuk kedatangan jemaah umrah termasuk sijil yang diakui mengesahkan imunisasi dengan vaksin diluluskan, disediakan dengan kerjasama semua pihak berkuasa yang relevan bagi menjaga keselamatan jemaah.

Menurut pihak berkuasa, lapor Saudi Gazette, ia secara berterusan mengemas kini senarai negara yang dibenarkan memasuki Arab Saudi berdasarkan perkembangan pandemik dan petunjuk kesihatan.

Pelawat antarabangsa dinasihatkan supaya mendaftarkan status vaksinasi di satu wadah online 72 jam sebelum melakukan perjalanan ke Arab Saudi.

– Agensi berita/FZ/fz

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terima Kasih Kerana Melawat Website Kami

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Umrahku.my will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.