Arab Saudi cadang mekanisme baharu visa umrah

© Provided by Harian Metro
Masjidilharam, Makkah. FOTO fail AFP

Riyadh: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bercadang melaksanakan mekanisme baharu untuk pembelian pakej umrah dan mengeluarkan visa masuk bagi mereka yang datang dari luar negara.

Saudi Gazette melaporkan, mekanisme itu membolehkan setiap calon jemaah asing mendapat visa umrah tunggal yang dikeluarkan secara dalam talian.

Di bawah mekanisme pertama, visa umrah akan dikeluarkan melalui pengendali atau majikan untuk 25 orang atau lebih jemaah haji.

Ia akan dilakukan selepas menandatangani kontrak antara penyedia perkhidmatan umrah antara kerajaan dan ejen pelancongan berlesen mereka di negara masing-masing.

Mekanisme kedua adalah berdasarkan urus niaga antara pengendali dan pelanggan di mana seorang jemaah haji atau sekumpulan kecil jemaah dengan jumlah maksimum sembilan orang dapat masuk terus ke negara ini untuk menunaikan umrah.

Mereka boleh berbuat demikian dengan memilih program umrah yang diperlukan melalui portal dalam talian yang diluluskan, menurut laporan Al-Arabiya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terima Kasih Kerana Melawat Website Kami

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Umrahku.my will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.