Tahallul, Bercukur Atau Bergunting?

tahallul bercukur atau bergunting?

Tahallul, Bercukur atau bergunting?

Tahallul adalah keluar daripada ihram dengan melakukan perbuatan bercukur atau bergunting setelah sampai waktunyanya. Tahallul dari segi bahasa bermaksud ‘menjadi boleh’ atau ‘diperbolehkan’. Dengan ini menunjukkan bahawa tahallul merupakan perbuatan yang memperbolehkan atau membebaskannya seseorang itu daripada larangan atau pantangan larang dalam ihram. Pembebasan tersebut ditandai dengan tahallul iaitu dengan mencukur atau memotong rambut sedikit sekurang-kurangnya 3 helai rambut. Semua mazhab berpendapat bahawa tahallul ini merupakan wajib haji, hanya Syafie sahaja yang berpendapat bahawa tahallul merupakan rukun haji.

 

Allah SWT berfirman:

لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ إِن شَاءَ اللَّـهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَ

Maksudnya: “Iaitu Sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haram – insya Allah (pada masa Yang ditentukanNya) – Dalam keadaan aman (menyempurnakan Ibadat Umrah kamu) Dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ).” (Surah al-Fath : 27)

Ingin tahu lebih mengenai Umrah dan Haji ?

Terdapat dua bahagian Tahallul iaitu:

  1. Tahallul awal
  2. Tahallul thani

Tahallul awal

Tahallul awal merupakan tahallul yang mana bagi Jemaah lelaki perlu bercukur lebih awal di Mina sebaik sahaja sampai dari Muzdalifah pada 10 Zulhijjah setelah melontar jamrah.

 

INGIN TRAVEL DENGAN HARGA YANG BERBALOI? DENGAN SITUASI PANDEMI COVID-19 EKONOMI ANDA MENURUN? JANGAN RISAU TERLAJAK TRAVEL AGENCY KAN ADA.

 

Tahallul Thani

Tahallul thani adalah setelah bertawaf dan bersai haji sekembalinya ke Makkah setelah selesai wuquf.

Dapat disimpulkan disini bahawa,  Tahallul merupakan pembebasan ataup pelepasan kepada semua jemaah haji yang melakukan ihram. Bertahallul juga, semua larangan yang terdapat selepas pelaksanaan ihram dapat dilaksanakan atau luputlah semua larangan tersebut seperti asalnya (sebelum ihram).Didalam ibadah haji atau umrah, terdapat garisan panduan yang menjadi perbezaan di antara tahallul haji dan umrah. Tahallul haji yang sempurna (tahallul thani) boleh dibuat setelah selesai mengerjakan ketiga-tiga perkara iaitu Melontar jamrah al-kubra,Tawaf rukun dan saie’ (jika saie’ masih belum dilaksanakan) dan bercukur atau bergunting . Manakala tahallul bagi ibadah umrah pula terjadi apabila melaksanakan bergunting atau bercukur rambut bagi Jemaah yang melaksanakan umrah.

 

SEMOGA BERMANFAAT..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *