Apa itu Jamrah? Mengapa Perlu Menggunakan Batu?

apa itu jamrah

Apa Itu Jamrah?

Apa itu jamrah? Jamrah adalah jemaah melontar jamrah untuk merejam Iblis adalah sebahagian daripada ibadah Haji tahunan umat Islam di Makkah. Mengapa perlu menggunakan batu? Jemaah haji melontarkan beberapa batu kecil di setiap, di kota Mina. Ia adalah salah satu daripada rukun yang wajib dilakukan dalam ibadah haji. Waktu melontar bermula selepas terbit fajar pada 11 Zulhijjah sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah. Melontar jamrah dengan menggunakan 7 biji batu.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Umrah dan Haji?

Terdapat tiga Jamrah iaitu:

  • yang pertama jamrah جمرة الصغرى (kecil)
  • yang tengah jamrah جمرة الوسطى (sederhana)
  • yang terbesar jamrah جمرة الكبرى (besar) atau جمرة العقبة (terakhir)

 

Antara amalan yang sunat digalakkan semasa melakukan lontaran ke Jamratul Kubra adalah :

  1. Berhenti bertalbiah apabila hendak memulakan lontaran yang pertama dan digantikan dengan takbir.
  2. Bertakbir setiap kali melontar jamrah. Melontar dengan menggunakan tangan kanan. Bagi lelaki, disunatkan mengangkat tangan dengan tinggi manakala bagi wanita, tidak disunatkan berbuat demikian.
  3. Anak batu yang digunakan untuk melontar hanyalah sebesar kacang kuda.
  4. Melontar dalam keadaan kiblat di sebelah kirinya dan Arafah di sebelah kanannya dan menghadap takungan Jamrah.
  5. Melontar secara berturutan serta melontar dengan batu yang tidak najis.

 

INGIN TRAVEL DENGAN HARGA YANG BERBALOI? DENGAN SITUASI PANDEMI COVID-19 EKONOMI ANDA MENURUN? JANGAN RISAU TERLAJAK TRAVEL AGENCY KAN ADA.

 

Syarat-syarat melontar

  • Hendaklah melontar 7 kali pada tiap-tiap Jumrah.
  • Melontar dengan tertib dimulai dari jamrah جمرة الصغرى kemudian   dan jamrah جمرة الوسطى  diakhiri dengan melontar di jamrah جمرة الكبرى (besar) atau  جمرة العقبة (terakhir).
  • Jemaah perlu melontar jamrah dengan tidak terpesong daripada tujuan-tujuan lain.
  • Melontar dengan batu atau jenis-jenisnya.
  • Batu yang dilontar oleh Jemaah haji hendaklah masuk di dalam Jumrah dengan yakin.
  • Hendaklah melontar dengan gaya melontar.
  • Hendaklah melontar dengan tangan.
  • Tertib hari melontar bermakna tidak sah melontar hari ke 11, melainkan setelah melontar Jamratul Aqabah dan tidak sah melontar hari ke 12, melainkan sudah melontar bagi hari ke 11, begitu juga tidak sah melontar hari ke 13 kecuali setelah melontar untuk hari ke 12.
  • Dilarang melontar untuk orang lain kecuali setelah melontar ketiga-tiga Jamrah untuk dirinya sendiri.

 

Kesimpulannya

kita dapat mengambil iktibar daripada perbuataan yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS yang telah menghalau syaitan. Selain itu, kita dapat menghalau sebarang gangguan untuk melakukan amalan kebaikan. Akhir sekali, kita dapat mengingatkan umat islam agar dapat menentang musuh-musuh islam yang berada disekeliling kita.

SEMOGA BERMANFAAT….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *