Terbinanya Masjid Nabawi

terbinanya masjid nabawi

TERBINANYA MASJID NABAWI

 

Terbinanya Masjid Nabawi adalah topik yang akan dibincangkan. Masjid al-Nabawi disebut sebagai “Masjid an Nabawi” atau “Masjid Nabi” ialah masjid yang kedua tersuci bagi umat Islam. Di sini juga terdapat Maqam Nabi Muhammad SAW. Masjidil Haram adalah  masjid paling suci dan Masjid al-Aqsa merupakan masjid ketiga tersuci dalam Islam.

Masjid Nabawi adalah Masjid pertama yang didirikan oleh Nabi Muhammad SAW semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba. Pada asalnya dibina oleh Nabi Muhammad SAW sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi.

Sebelum terbinanya Masjid Nabawi, tapak pembinaan masjid Nabawi adalah sebidang tanah yang dimiliki oleh dua orang anak yatim. Pembinaan masjid Nabawi dilakukan di tapak bertepatan dengan tempat unta Baginda berhenti.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Umrah dan Haji?

Ibnu Ishaq berkata, “Unta yang dinaiki oleh Nabi Muhammad SAW berjalan sehinggalah apabila ia melewati perkampungan Bani Malik bin al-Najjar, ia duduk di sebuah tempat pengeringan kurma milik dua anak yatim Bani al-Najjar. Kedua anak yatim tersebut bernama Sahl dan Suhail. Keduanya ialah anak Amr dan berada dalam asuhan Muaz bin Afra’. Ketika unta itu berhenti dan Nabi Muhammad SAW tidak turun daripadanya, unta itu melompat dan kemudian berjalan tidak jauh dari situ. Nabi Muhammad SAW meletakkan kendali unta itu dan beliau tidak membelokkannya. Kemudian unta itu menoleh ke belakang, berjalan kembali ke tempat duduknya semula dan duduk di tempat tersebut. Ketika itulah Nabi Muhammad SAW turun daripadanya. Setelah itu, Abu Ayyub, Khalid bin Zaid membawa bekal perjalanan Nabi Muhammad SAW dan menyimpan di rumahnya. Nabi Muhammad SAW menetap di rumah Abu Ayyub, Khalid bin Zaid. Beliau bertanya tentang pemilik tempat pengeringan kurma tersebut. Muaz bin Afra’ berkata kepada beliau, “Wahai Rasulullah, tempat pengeringan tersebut milik Sahl dan Suhail yang keduanya ialah anak Amr. Mereka anak yatim dan masih ada pertalian dengan keluargaku. Saya akan meminta persetujuan mereka dan kemudian dijadikan tempat tersebut sebagai masjid.” (Lihat al-Sirah al-Nabawiyyah oleh Ibn Hisyam, 3/24)

Syeikh Mustafa al-Siba’ie pernah berkata: Apabila sampai di sana, tindakan pertama yang dilakukan ialah memilih tempat unta Baginda berhenti duduk, untuk dijadikan sebagai masjid. Tempat tersebut adalah milik dua orang kanak-kanak Ansar yang yatim. Baginda tawar menawar harga tanah tersebut dengan mereka berdua. Kedua-dua kanak-kanak itu berkata: “Kami berikannya kepada kamu, wahai Rasulullah.” Namun Baginda berkeras untuk membelinya dengan harga 10dinar emas yang dibayar menggunakan harta Abu Bakar. Kemudian Baginda melakukan kempen agar orang Islam turut serta membina masjid. Mereka segera melakukannya. Rasulullah SAW turut terlibat bersama mereka memindahkan batu bata, sehinggalah sempurna pembinaan masjid tersebut. (Lihat al-Sirah al-Nabawiyyah oleh Mustafa Siba’ie, hlm. 40)

Syeikh al-Mubarakfuri menyebut: Baginda membeli tanah tersebut, dan Baginda sendiri terlibat dalam usaha membinanya. Baginda ikut serta dalam mengangkat batu-batu dan bata-bata sambil menyebut:

 

اللَّهُمَّ لَا عَيْشَ إِلَّا عَيْشُ الْآخِرَهْ … فَاغْفِرْ لِلْأَنْصَارِ وَالْمُهَاجِرَهْ

Maksudnya: “Ya Allah! Tiada hidup kecuali kehidupan akhirat. Ampunilah kaum Ansar dan Muhajirah.”

 

INGIN TRAVEL DENGAN HARGA YANG BERBALOI? DENGAN SITUASI PANDEMI COVID-19 EKONOMI ANDA MENURUN? JANGAN RISAU TERLAJAK TRAVEL AGENCY KAN ADA.

 

Para sahabat juga begitu bersemangat dalam kerja-kerja mereka, sehingga salah seorang dari mereka bersyair:

 

لَئِنْ قَعَدْنَا وَالنَّبِيُّ يَعْمَل … لِذَاكَ مِنَّا العَمَلُ المضَلَّل

“Kalau kami duduk berehat sedangkan Nabi Muhammad SAW bekerja Yang demikian tindakan kami adalah perbuatan yang sesat”

Di tapak masjid tersebut terdapat kubur kaum musyrikin, tinggalan rumah usang, pohon tamar dan pohon Gharqad. Justeru, Nabi Muhammad SAW memerintahkan supaya menggali kubur kaum musyrikin, bangunan yang usang diroboh dan diratakan, pohon tamar dan Gharqad ditebang dan ditetapkan arah kiblat. Kiblat pada masa tersebut adalah ke arah Baitulmaqdis. Tiang mihrab dibina dari susunan batu-batu dan temboknya dari bata-bata dan tanah. Manakala bumbung masjid adalah daripada pelepah tamar. Tiang daripada batang tamar dan lantainya diratakan dengan anak-anak batu dan pasir dengan tiga pintu masuk. Ukuran panjang tidak termasuk mihrab adalah seratus hasta dengan lebar yang lebih kurang sama dengan panjangnya. Di tepi masjid, dibina ruang-ruang rumah. Biliknya dibina dari batu-bata dan atapnya daripada pelepah dan batang tamar. Ruang-ruang ini adalah bilik isteri-isteri Nabi Muhammad SAW. Setelah selesai pembinaan bilik tersebut, barulah Baginda berpindah dari rumah Abu Ayyub. (Lihat al-Rahiq al-Makhtum, hlm. 137)

Kesimpulannya, Sejarah pembinaan Masjid Nabawi bermula ketika tibaan Baginda Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Baginda Nabi Muhammad SAW sendiri terlibat secara langsung dalam menyiapkan pembinaan masjid tersebut bersama sahabat-sahabat Baginda dari golongan Ansar dan Muhajirin.

 

SEMOGA BERMANFAAT…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terima Kasih Kerana Melawat Website Kami

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Umrahku.my will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.