Siapa Yang Membina Kaabah?

siapa yang membina kaabah?

 SIAPA YANG MEMBINA KAABAH?

 

إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِّلْعَالَمِينَ

Maksudnya: Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia. (Surah Ali Imran: 96)

Siapa yang membina Kaabah adalah topik yang dibincangkan. Apa itu Kaabah? Kaabah ialah Baitullah al-Haram dan ia merupakan kiblat bagi umat Islam. Allah s.w.t. telah menjadikan baginya beberapa kelebihan seperti hubungannya dengan dua Rukun Islam, iaitu solat dan haji. Tidak sah seseorang Muslim sekiranya dia tidak menghadapkan muka ke arahnya dan tidak sah haji seseorang sekiranya dia tidak melakukan tawaf mengelilinginya.

Tidak ramai yang mengetahui tentang sejarah pembinaan kaabah dan Masjidilharam. Siapa yang membina Kaabah? sejarah pembinaan Kaabah sebenarnya bermula sebelum Allah s.w.t. menjadikan bumi dan segala isinya. Terdapat hadis sahih yang menyebutkan bahawa nabi s.a.w. telah bersabda dalam khutbah pembukaan kota Makkah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah s.w.t. yang mengharamkan Makkah pada hari penciptaan langit dan binaan Kaabah telah melalui beberapa peringkat. Riwayat tentang pembinaan Kaabah ini sebahagiannya telah sabit dengan dalil yang terang dan jelas dan sebahagiannya pula hanya berdasarkan catatan ahli sejarah. Antara berikut adalah sejarah ringkas pembinaan Kaabah :

Pertama: Binaan Malaikat

Al-Azraqi meriwayatkan kepada Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin al-Husain, beliau pernah berkata bahawa Allah SWT berfirman kepada malaikat: “Aku akan menjadikan khalifah di muka bumi.” Kemudian para malaikat bertanya: “Adakah Tuhan kami hendak menjadikan di bumi orang yang akan melakukan kerosakan?”

Seterusnya, mereka berasa bersalah dan takut dimurkai oleh Allah SWT, lalu mereka bertawaf di sekililing Arasy untuk memohon ampun kepada-Nya. Kemudian Allah menjadikan di bawah Arasy sebuah rumah iaitu Bait al-Ma’mur lalu berfirman kepada malaikat agar bertawaf di rumah itu dan bukan lagi di Arasy. Kemudian Dia mengutuskan para malaikat supaya membina baitullah di bumi supaya makhluk di bumi dapat melakukan tawaf sebagaimana makhluk di langit bertawaf di Bait al-Ma’mur.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Umrah dan Haji?

Kedua: Binaan Nabi Adam a.s.

Al-Azraqi meriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a. bahawa beliau berkata: “Semasa Adam a.s. diturunkan dari syurga dan sampai ke bumi, baginda telah berkata: “Wahai Tuhan, mengapa aku tidak mendengar lagi suara malaikat?” Allah s.wt. berfirman: ‘Semuanya kerana kesalahan engkau wahai Adam.’ Kemudian Allah s.w.t. memerintahkan supaya baginda membina Kaabah dan bertawaf mengelilinginya sebagaimana malaikat mengelilingi Arasy. Adam berjalan menuju ke tapak pembinaan Kaabah.

Bumi telah dikecilkan oleh Allah dan tempoh perjalanannya menjadi pendek. Setiap tempat dipijak oleh Adam akan dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai kawasan yang subur dan berpenghuni. Apabila sampai di Makkah, malaikat Jibrail a.s. memukul dengan sayapnya di tapak pembinaan Kaabah dan malaikat membawa batu kepadanya untuk dibina Kaabah. Bahan binaannya terdiri daripada batu yang diambil daripada lima gunung iaitu gunung Lubnan, Tur Zaita, Tur Sina, Juudi dan Hira’. Sementara konkritnya pula dibuat daripada batu pejal hitam.

Berkata Ibn Abbas: “Adam ialah manusia pertama yang mengasaskan al-Bait (Kaabah). Baginda menunaikan solat serta bertawaf di situ.”

Imam al-Syafi’i r.hm. meriwayatkan daripada Muhammad bin Ka’ab al-Qurazi katanya: “Sewaktu Adam a.s. menunaikan fardu haji, baginda telah berjumpa dengan malaikat. Mereka berkata kepadanya “Sempurnakan haji engkau wahai Adam. Kami telah melakukan haji sebelum daripada engkau semenjak 2000 tahun yang lalu.”

Ketiga: Binaan Shith bin Adam

Binaan ketiga oleh Shith ialah selepas hilangnya kesan binaan Adam a.s. Al-Azraqi telah meriwayatkan daripada Wahab bin Munabbih bahawa beliau berkata apabila diangkatkan khemah yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Adam a.s. daripada perhiasan syurga untuk diletakkan di tapak Baitullah di Makkah selepas wafatnya Adam a.s., anak-anaknya pun membina di tempat itu sebuah ruamh daripada tanah dan batu. Mereka dan generasi-generasi seterusnya sentiasa memakmurkan rumah itu sehinggalah ia musnah dalam banjir yang berlaku pada zaman Nabi Nuh a.s. Apabila tiba zaman Nabi Ibrahim a.s., Allah s.w.t. telah memerintahkan baginda supaya membina semula rumah itu.

Perhatian: Tidak terdapat dalil yang sahih tentang tiga peringkat binaan ini. Kata Syeikh Husain Ba Salamah r.hm., telah dating beberapa riwayat daripada sahabat dan tabiin tentang binaan Kaabah oleh malaikat, Adam dan Shith. Semuanya menyebut tentang peristiwa yang berlaku tanpa menyatakn sumber riwayat tersebut sama ada ia daripada Nabi s.a.w. atau Bani Israil (ahli kitab).

Oleh itu, ramai ulama tafsir berpegang dengannya serta mencatatkan dalam kitab tafsir mereka kecuali al-Hafiz Imaduddin ibn kathir r.hm.. Beliau telah mengkritiknya dan menyatakan bahawa riwayat tersebut sumbernya daripada bani Israil (al-Israiliyyat).

Keempat: Binaan Nabi Ibrahim AS dan Ismail AS

Binaan Nabi Ibrahim AS bersama anaknya Ismail AS telah diceritakan oleh Allah SWT dalam al-Quran dan terdapat banyak riwayat yang sahih dalam kitab-kitab hadis mengenainya. Antaranya ialah:

Firman Allah SWT:

 

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui; (Surah al-Baqarah: 127)

Firman Allah SWT lagi:

 

وَإِذْ بَوَّأْنَا لِإِبْرَاهِيمَ مَكَانَ الْبَيْتِ أَن لَّا تُشْرِكْ بِي شَيْئًا وَطَهِّرْ بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْقَائِمِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ

Maksudnya: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): “Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang). (Surah al-Haj: 26)

 

INGIN TRAVEL DENGAN HARGA YANG BERBALOI? DENGAN SITUASI PANDEMI COVID-19 EKONOMI ANDA MENURUN? JANGAN RISAU TERLAJAK TRAVEL AGENCY KAN ADA.

 

Pembinaan Kaabah yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS dan Ismail AS adalah berdasarkan perintah daripada Allah SWT, iaitu selepas beberapa kali Nabi Ibrahim AS datang menziarahi isteri dan anaknya Ismail AS di Makkah. Pada kedatangan kali yang ketiga, baginda telah diperintahkan agar membina Kaabah. Ketika itu Ismail AS telah berumur dua puluh tahun dan ibunya telah meninggal dunia.

Sewaktu Nabi Ibrahim AS tiba, anaknya Ismail AS sedang duduk di bawah pokok berdekatan dengan telaga zamzam sambil mengasah anak panah. Nabi Ibrahim AS memberi salam dan duduk bersamanya. Baginda berkata kepada Ismail: “Wahai Ismail! Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkanku supaya membina Kaabah.” Ismail mewnjawab: “Taatlah perintah Allah itu.” Lalu bapanya berkata lagi: “Allah juga memerintahkan agar engkau membantuku dalam pembinaan ini.” Ismail berkata: “Di manakah tempatnya?” Nabi Ibrahim AS menunjukkan tempat yang telah ditunjukkan kepadanya oleh malaikat yang mengiringinya. Selepas itu, mereka mula menggali tapak asas binaan serta berdoa:

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui; (Surah al-Baqarah: 127)

Justeru, dalam bahasa yang mudah, Nabi Ibrahim AS hanya mengulangi pembinaan pada tapak yang sudah sedia ada. Itulah yang disepakati oleh para ulama’ tanpa menafikan telah berlaku binaan Ka’bah sebelum daripada itu.

 

SEMOGA BERMANFAAT…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *