Raudhah Tempat Mustajab Doa

raudhah tempat mustajab doa

Raudhah tempat mustajab doa adalah topik kita pada artikel kali ini. Raudhah adalah suatu tempat di dalam Masjid Nabawi yang ditanda dengan tiang-tiang putih, berada diantara Rumah Nabi Muhammad SAW (sekarang merupakan Makam Nabi Muhammad SAW) sampai mimbar. Antara keluasan Raudhah dari utara ke selatan sepanjang 2 meter dan dari arah barat sepanjang 22meter. Raudhah adalah tempat yang mustajab untuk berdoa.

Raudhah merupakan suatu tempat di dalam Kompleks Masjid Nabawi. Di tempat itu, terdapat jamaah haji yang memanjatkan doa dengan khusyuk, mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW. Hadis riwayat Abdullah bin Zaid Al-Mazini Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

مَا بَيْنَ بَيْتِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الجَنَّةِ

Maksudnya: Tempat yang terletak di antara rumahku dan mimbarku adalah salah satu di antara taman-taman syurga. (HR. Bukhari, no. 1196 dan Muslim, no. 1391)

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Umrah dan Haji?

Raudhah tempat mustajab doa dan juga antara tempat yang paling dicari-cari oleh jemaah haji atau umrah yang brada di tanah suci. Raudhah ialah taman syurga di dunia. Raudhah ialah satu ruang dalam Masjid Nabawi, diantara mimbar dan makam Nabi Muhammad SAW. Kawasan Raudhah ditanda dengan karpet warna hijau.

Antara tiang-tiang yang berada didalam raudhah adalah Tiang Sarir. Tiang Sarir ini ialah antara tiang dimana tempat Nabi Muhammad SAW berehat dan disinilah pangkin dimana Saidatina Aishah R.A menyikat dan menyisir rambut Nabi Muhammad SAW.

Selain itu, Tiang Ali / Tiang Pengawal.Tiang ini dahulu adalah tiang yang digunakan pengawal sebagai port untuk mengawal rumah Nabi Muhammad S.A.W, dimana pengawalnya diketuai oleh Saidina Ali.

Tiang Wufud (Deligasi) juga yang terdapat didalam raudhah. Pada zaman dahulu , tiang ini digunakan oleh Nabi Muhammad untuk berjumpa dengan pemimpin dari deligasi luar yang datang ke Madinah untuk bertemu dengan Nabi Muhammad SAW.

INGIN TRAVEL DENGAN HARGA YANG BERBALOI? DENGAN SITUASI PANDEMI COVID-19 EKONOMI ANDA MENURUN? JANGAN RISAU TERLAJAK TRAVEL AGENCY KAN ADA.

Seterusnnya, Tiang Aishah adalah Tiang yang sangat istimewa, dimana ditiang inilah Nabi Muhammad selalu mengerjakan solat Tahajut dan solat Taubat setiap malam. Tiang ini juga turut disukai oleh Saidina Abu Barq dan Saidina Umar. Kalau kita masuk ke didalam Raudhah.

Terdapat juga Tiang Abu Lubabah (Tiang Taubat). Tiang ini adalah tiang Abu Lubabah yang telah melakukan kesilapan dengan berbohong kepada Nabi Muhammad SAW, akibat rasa bersalah pada Nabi Muhammad SAW dia mengikat dirinya di tiang ini selama 3 hari. Dan tiang ini digelar sebagai tiang taubat Abu Lubabah.

Akir sekali, Tiang Muhallaqah. Tiang ni dahulunya adalah sebatang pokok kurma, batang pokok ini menangis dan bunyinya seperti seekor anak unta, kerana dia tidak mahu ditukarkan dengan batang pokok yang baharu. Lalu Nabi Muhammad berkata kepada pokok tu, “kamu akan kekal dengan aku di syurga dengan batang pokok macam ni” barulah pokok kurma ini diam dan ditukar dengan tiang yang baru. Tiang ini juga dikenali dengan tiang wangi.

SEMOGA BERMANFAAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terima Kasih Kerana Melawat Website Kami

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Umrahku.my will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.