Perbezaan Ibadah Haji Dan Umrah

perbezaan ibadah haji dan umrah

Perbezaan ibadah haji dan umrah adalah topik kita, artikel ini akan menerangkan sedikit mengenai ibadah haji dan umrah. Haji dari segi bahasa adalah menuju atau mengunjungi ke sesuatu tempat. Manakala dari segi istilah adalah mengunjungi Kaabah (Baitullah) pada masa-masa yang tertentu (bulan haji, Zulhijah) serta melaksanakan perkara-perkara yang wajib bagi ibadah haji.

Selain itu, Haji juga adalah merupakan salah satu daripada rukun Islam dan menjadi kewajiban kepada seluruh umat Islam lelaki ataupun perempuan bagi yang berkemampuan untuk mengerjakannya dan melaksanakannya dikira wajib sekali seumur hidup , kalau melakukan lebih dari satu maka ia dikira sebagai sunat sahaja.

Antara dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah tentang kewajipan melakukan ibadah haji adalah seperti firman Allah SWT:

وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا

Maksudnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.” (Surah Ali-Imran: 97)

اسْتَطَاعَ adalah berkemampuan yang dimaksudkan adalah kemampuan dalam hal kenderaan, bekalan, keamanan dan lain-lain di dalam perjalanan. Demikian pula kekuatan jasmani juga penting kerana Allah SWT tidak pernah membebankan seseorang melainkan dia mampu untuk menggalasnya.

Imam Ibnu Kathir Rahimahullah berkata:” Adapun istato’ah (kemampuan) adalah kemampuan seseorang dari sudut (dia mengerjakan haji) untuk dirinya dan orang lain” (Rujuk Tafsir al-Quran al-Azim, 1/364)

Firman Allah SWT:

الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُومَاتٌ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي الْحَجِّ

Maksudnya: “(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji.” (Surah al-Baqarah: 197)

Allah SWT berfirman:

وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ

Maksudnya: “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji” (Surah al-Hajj: 27)

Firman Allah SWT:

الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُومَاتٌ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي الْحَجِّ

Maksudnya: “(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji.” (Surah al-Baqarah: 197)

Manakalah maksud umrah pula adalah seperti berikut:

melakukan ziarah ke tempat-tempat yang dimakmurkan dengan rukun-rukun tertentu iaitu tawaf di Baitullah, Saie di antara Safa dan Marwah dengan ihram.

Sesetengah ulama ada yang berpendapat bahawa hukum melaksanakan ibadah umrah adalah wajib atau fardu bagi jemaah yang belum melaksanakan ibadah umrah sementara dia mampu untuk melaksanakannya.

Firman Allah SWT didalam surah al-Baqarah ayat 196:

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ

Maksudnya: “Dan sempurnkanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.”

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Umrah dan Haji?

Dapat diringkaskan di sini perbezaan di antara ibadah haji dan umrah adalah seperti berikut:

Haji

  • Haji hanya dikerjakan pada bulan haji sahaja, iaitu bermula 1 Syawal sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah.
  • Haji adalah wajib bagi setiap individu.
  • Haji memerlukan wukuf di Arafah pada hari 9 Zulhijjah, bermalam di Muzdalifah dan di Mina serta melontar jamrah.
  • Rukun haji ada lima iaitu ihram, wukuf di Arafah, tawaf, sa’ie dan tahallul.

Umrah

  • Waktu umrah adalah pada bila-bila masa sepanjang tahun.
  • umrah adalah sunat dilakukan jika berkemampuan (mengikut sebahagian pendapat).
  • umrah tiada wukuf serta perkara-perkara yang disebutkan tadi.
  • umrah hanya empat iaitu ihram, tawaf, sa’i dan tahallul.

INGIN TRAVEL DENGAN HARGA YANG BERBALOI? DENGAN SITUASI PANDEMI COVID-19 EKONOMI ANDA MENURUN? JANGAN RISAU TERLAJAK TRAVEL AGENCY KAN ADA.

PENUTUP

Di antara tanda-tanda haji yang mabrur adalah sekembalinya dari ibadah haji, seseorang itu sentiasa dalam keadaan zuhud dan merendah diri dalam hal dunia serta sentiasa bersemangat dalam mengejar akhirat. Kami berharap agar kita juga termasuk dalam golongan tersebut.

اللَّهُمَّ اجْعَلْ حَجًّا مَبْرُوْرًا وَسَعْيًا مَشْكُوْرًا وَذَنْبًا مَغْفُوْرًا

Maksudnya: “Semoga Allah menganugerahkan haji yang mabrur, usaha yang disyukuri dan dosa yang diampuni.”

AMIN. SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terima Kasih Kerana Melawat Website Kami

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Umrahku.my will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.