Miqat Dalam Ibadah Haji Dan Umrah

Miqat dalam ibadah umrah

Belajar Miqat dalam Ibadah Haji dan Umrah. Sebelum mengerjakan Haji dan Umrah kita harus tahu antara Miqat – miqat yang terdapat dalam ibadah hajidan umrah. Para jemaah hendaklah mengetahui tempat Miqat yang betul untuk berniat miqat semasa mengerjakan umrah dan haji.

Miqat dalam bahasa Arab: ميقات adalah dari segi bahasa bermaksud waktu,  Manakala dari segi istilah pula bermaksud sempadan bagi ibadah haji atau umrah seseorang itu dikira bermula (larangan-larangan yang telah ditetapkan). Apabila melalui miqat, seseorang yang ingin mengerjakan haji atau umrah perlu memakaikan kain ihram mereka dan memasang niat mereka.

Daripada‘Abdullah bin ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, pernah berkata,

 

إِنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – وَقَّتَ لأَهْلِ الْمَدِينَةِ ذَا الْحُلَيْفَةِ ، وَلأَهْلِ الشَّأْمِ الْجُحْفَةَ ، وَلأَهْلِ نَجْدٍ قَرْنَ الْمَنَازِلِ ، وَلأَهْلِ الْيَمَنِ يَلَمْلَمَ ، هُنَّ لَهُنَّ وَلِمَنْ أَتَى عَلَيْهِنَّ مِنْ غَيْرِهِنَّ ، مِمَّنْ أَرَادَ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ ، وَمَنْ كَانَ دُونَ ذَلِكَ فَمِنْ حَيْثُ أَنْشَأَ ، حَتَّى أَهْلُ مَكَّةَ مِنْ مَكَّةَ

“Nabi SAW menetapkan miqat untuk penduduk Madinah di Dzul Hulaifah, penduduk Syam di Juhfah, penduduk Nejd di Qarnul Manazil dan penduduk Yaman di Yalamlam.”

 

Nabi SAW bersabda, “Miqat-miqat tersebut sudah ditentukan bagi penduduk di kota tersebut dan juga bagi orang lain yang hendak melewati kota-kota tadi padahal dia bukan penduduknya namun ia ingin menunaikan ibadah haji atau umrah. Barangsiapa yang masih dalam daerah miqat tersebut, maka miqatnya dari mana pun dia memulainya. Sehingga penduduk Makkah, miqatnya juga dari Makkah.” (HR. Bukhari no. 1524 dan Muslim no. 1181).

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Umrah dan Haji?

Miqat terbahagi kepada dua bahagian iaitu Miqat Zamani (ketentuan masa) dan Miqat Maqani (ketentuan tempat).

Miqat Zamani adalah Ibadat umrah yang tidak ada masa permulaan yang ditetapkan kerana umrah boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja dan sepanjang tahun. Meskipun, bagi mereka yang sedang mengerjakan ibadah haji atau umrah, maka tidak sah bagi mereka yang berniat ihram umrah ketika mereka sedang berada di Mina.

Miqat Maqani adalah Miqat atau sempadan tempat untuk memulakan niat umrah bagi orang-orang yang datang dari luar negeri ialah tempat yang sama dengan Miqat Makani bagi mengerjakan ibadat haji. Bagi penduduk Makkah dan mereka yang tinggal di sekitarnya, maka miqat mereka ialah Tanah Halal. Apabila mereka hendak mengerjakan ibadat umrah, hendaklah mereka keluar ke Tanah Halal seperti Tan’im.

 

INGIN TRAVEL DENGAN HARGA YANG BERBALOI? DENGAN SITUASI PANDEMI COVID-19 EKONOMI ANDA MENURUN? JANGAN RISAU TERLAJAK TRAVEL AGENCY KAN ADA.

 

Tempat-tempat Miqat Makani

  • Bir Ali atau Zulhulaifah – bagi Jemaah yang datang dari arah Madinah dengan menaiki bas, kereta, dan sebagainya. Bagi mereka yang menaiki kapal terbang, miqat mereka ialah di lapangan terbang Madinah.
  • Qarnul Manazil – bagi jemaah yang datang dari arah Najd, Kuwait, dan juga jemaah Malaysia dan Asia Tenggara yang datang dengan menaiki kapal terbang.
  • Al-Juhfah – bagi Jemaah yang datang dari arah Mesir, Syam, Tunisia, Jordan, Lubnan, Palestin dan sebagainya.
  • Yalamlam – bagi Jemaah yang datang dari arah Yaman. Pada satu ketika dulu, jemaah Malaysia yang menaiki kapal laut mengenakan pakaian ihram dan berniat ihram di atas kapal apabila melalui miqat ini.
  • Zatu Irqin – bagi jemaah yang datang dari arah Iraq.

 

SEMOGA BERMANFAAT..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terima Kasih Kerana Melawat Website Kami

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Umrahku.my will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.