Manfaat Takaful Haji dan Umrah untuk Keselamatan Anda di Tanah Suci.

manfaat takaful haji dan umrah di tanah suci

Menunaikan ibadah Haji dan Umrah adalah pencapaian yang penting bagi setiap Umat Islam, dan setiap orang ingin melakukan ibadah haji dan umrah ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Namun, tidak banyak diantara kita yang memahami persiapan ibadah haji dan umrah yang sebenar. Persediaan dari segi kewangan amat penting supaya kita dan orang yang kita sayangi akan dilindungi sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku. Pada bakal jemaah haji dan umrah haruslah menyedari manfaat takaful haji dan umrah untuk keselamatan ketika berada dan sedang menunaikan ibadah haji dan umrah.

Perancangan yang bijak merangkumi sebelum, semasa dan selepas pulang menunaikan ibadah haji dan umrah. Setiap Umat Islam wajib menunaikan rukun Islam kelima apabila cukup syarat seperti firman Allah SWT: Dan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah. (Al-Baqarah: 196)

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Umrah dan Haji?

Antara manfaat perlindungan daripada Takaful ibadah haji dan umrah yang perlu kita ketahui, Adalah;

Manfaat Kematian

Manfaat kematian bagi yang mengambil takaful jika ia  meninggal dunia akibat kemalangan atau sebab semula jadi, amaun Jumlah Dilindungi, Perbelanjaan Pengebumian sebanyak RM1,000 berserta nilai terkumpul dalam DPP, termasuk sebarang keuntungan DPP dari pelaburannya dan DRP, jika ada, akan dibayar.

Manfaat Matang

Manakala,Pada akhir tempoh Takaful, nilai terkumpul dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP), jika ada, termasuk keuntungan daripada pelaburan dana tersebut , dan lebihan Dana Risiko Peserta (DRP), jika ada, yang telah diperuntukkan akan dibayar kepada Peserta.

Indemniti Berganda ke atas Kematian akibat Kemalangan

Pihak takaful akan menyediakan tambahan 100% daripada Jumlah Dilindungi yang dibayar jika Orang Dilindungi meninggal dunia sebelum umur 70, disebabkan kemalangan yang berlaku semasa mengerjakan Haji atau Umrah di Makkah atau Madinah.

Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)

Jika Orang Dilindungi mengalami HUMK sebelum umur 65 pada hari lahir berikutnya, amaun Jumlah Dilindungi ditambah semua nilai terkumpul di dalam DPP, termasuk sebarang keuntungannya (jika ada) akan dibayar. Jika agregat Jumlah Dilindungi (bagi setiap Orang Dilindungi) ialah sehingga RM1 juta, ia akan dibayar secara sekaligus. Jika Jumlah DIlindungi melebihi RM1 juta, baki Jumlah Dilindungi akan dibayar satu (1) tahun selepas bayaran pertama dibuat, tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful.

Manfaat Badal Haji (upah haji)

Jika berlaku perkara yang tidak diingini kepada pengambil takaful iaitu kematian atau HUMK sebelum sempat menunaikan Haji, pihak takaful akan memastikan kewajipan Haji Orang Dilindungi disempurnakan dengan membayar RM3,000 kepada Peserta atau Penama untuk menunaikan Badal Haji bagi pihak anda. Manfaat ini akan ditunaikan jika Elaun Haji tidak dituntut dan Orang Dilindungi mesti berumur 16 tahun ke atas. Untuk HUMK, Orang Dilindungi tidak melebihi umur 65 tahun.

Elaun Haji dan Umrah

Elaun sebanyak RM1,000 akan dibayar bagi mengerjakan Haji dan Umrah. Jika Orang Dilindungi mengerjakan Haji dan Umrah pada masa yang sama, hanya elaun Haji akan dibayar. Manfaat Haji dan Umrah tidak boleh dituntut dalam tahun sijil yang sama dan dengan syarat jarak 12 bulan dan tarikh tuntutan terakhir dibuat.

Manfaat Ihsar

Apabila Orang Dilindungi dalam keadaan berihram dan terhalang dari menunaikan Haji atau Umrah akibat keadaan kesihatan, Manfaat Ihsar sehingga RM1,000 sepanjang tempoh perlindungan akan dibayar untuk pembayaran balik kos penyembelihan haiwan.

Elaun Penjagaan Anak

Apabila menunaikan Haji, Orang Dilindungi akan menikmati ketenangan minda apabila anak-anaknya terjaga. Elaun Penjagaan Anak sebanyak RM1,000 akan dibayar. Umur anak mestilah tidak melebihi 18 tahun.

 

INGIN TRAVEL DENGAN HARGA YANG BERBALOI? DENGAN SITUASI PANDEMI COVID-19 EKONOMI ANDA MENURUN? JANGAN RISAU TERLAJAK TRAVEL AGENCY KAN ADA.

 

Sijil hendaklah berkuatkuasa sekurang-kurangnya 5 tahun dan semua sumbangan telah dibayar

Manfaat tambahan (pilihan) pelan ini:

  1. Kad Perubatan
  2. Elaun Wad
  3. Perlunasan Sumbangan
  4. Tambah-nilai Sumbangan (jika anda ingin menambah nilai tabung simpanan anda)

 

Memilih takaful Ketika ingin menjalani ibadah haji dan umrah adalah pilihan yang tepat, malah akan mempermudahkan lagi urusan anda di Tanah Suci Ketika melakukan ibadah haji atau umrah. Jadi, pastikan anda memilih Takaful Syariah Haji dan Umrah yang tepat dan sesuai dengan keadaan anda.

 

SEMOGA BERMANFAAT…

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *