Kurma Ajwa Terlalu Mahal? Kenapa?

kurma ajwa terlalu mahal, kenapa?

KURMA AJWA TERLALU MAHAL? KENAPA?

Apa Itu Kurma Ajwa?

Kurma Ajwa adalah salah satu tanaman yang ditanam di rantau Madina Munawara di Arab Saudi. Sejenis kurma hitam yang manis, dengan rasanya yang segar. Kurma Ajwa ini mempunyai saiz yang kecil dan isinya yang lembut. Kurma ini juga dianggap sebagai satu keutamaan dalam agama yang besar bagi umat Islam, kerana Nabi Muhammad pernah berkata, “Orang yang memakan tujuh biji kurma Ajwa pada waktu pagi akan bebas daripada sihir dan racun pada hari dia memakannya”. Oleh itu, Kurma Ajwa ini adalah kurma yang paling terbaik dan harganya mahal, terutamanya di Arab Saudi. Walaupun kurma Ajwa terlalu mahal, kerana kurma jenis Ajwa ini sentiasa dalam permintaan yang tinggi.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Umrah dan Haji?

Antara khasiat Kurma Ajwa adalah seperti berikit :

  1. Penguat ingatan

Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai dimakan oleh kanak-kanak yang tengah membesar. Jikalau anak-anak tidak menyukai makan kismis, boleh digantikan dengan kurma ajwa ini.

  1. Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga kepada seluruh anggota badan kita.

Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza antara buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air” (Hadis riwayat Ahmad)

Memakan kurma semasa berbuka puasa amat baik kerana pada waktu ini, badan kita memperlukan tenaga yang segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

  1. Merawat penyakit

Dalam perubatan homeopati, biji kurma ajwa juga dapat dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

  1. Kaya dengan serat dan potassium

Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Selain itu, kurma juga kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

 

INGIN TRAVEL DENGAN HARGA YANG BERBALOI? DENGAN SITUASI PANDEMI COVID-19 EKONOMI ANDA MENURUN? JANGAN RISAU TERLAJAK TRAVEL AGENCY KAN ADA.

 

  1. Mengubati gangguan usus dan sembelit

Ada individu yang mengalami masalah ketidakserasian dan menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia akan menyebabkan gangguan usus dan sembelit. Kurma Ajwa dapat mencegah daripada berlakunya masalah ini.

  1. Baik untuk wanita mengandung/bersalin

Kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.S Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.

“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,” Surah Maryam, ayat 25

Menurut sebuah laman web pula, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).

  1. Penawar Racun

Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

Biji Kurma Ajwa dan kandungannya

Biji kurma Ajwa berbentuk oblong dengan puncak yang bulat dan mempunyai tekstur kasar. Biji kurma mengandungi pelbagai mineral seperti sulfur, plubum, aluminium, kadmium dan klorida dalam pelbagai perkadaran. Oleh itu, kandungan yang berada didalam biji kurma juga mempunyai beberapa aktiviti anti-radang dan anti-oksida yang sama dengan isi buah kurma. Ekstrak dari biji kurma juga dapat melihat beberapa kesan perlindungan otak sama dengan ekstrak dari isi buah kurma. Ini mungkin disebabkan oleh komponen yang sama di kedua-dua bahagian buah kurma yang mempunyai aktiviti anti-radang dan anti-oksida.

 

SEMOGA BERMANFAAT…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terima Kasih Kerana Melawat Website Kami

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Umrahku.my will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.