Khasiat Sebenar Air Zamzam

khasiat sebenar air zamzam

Khasiat Sebenar Air Zamzam adalah topik perbincangan kita pada artikel ini dan kami akan menjelaskan Apa Itu Air ZamZam?

Pengertian ZamZam dari segi bahasa adalah banyak ataupun melimpah ruah. Zamzam bererti air yang dianggap sebagai suci oleh umat Islam. Ia merupakan sumber mata air yang terletak di kawasan Masjidil Haram, berdekatan dengan tenggara Kaabah yang mempunyai kedalaman sedalam 42 meter.

Hadis riwayat Ibn Abbas yang telah dinyatakan oleh Ibn Hajar al-Asqalani adalah:

فَإِنْ شَرِبْتَهُ تَسْتَشْفِي بِهِ شَفَاكَ اللَّهُ، وَإِنْ شَرِبْتَهُ مُسْتَعِيذًا عَاذَكَ اللَّهُ، وَإِنْ شَرِبْتَهُ لِيَقْطَعَ ظَمَأَكَ قَطَعَهُ

Maksudnya: “Jika kamu meminumnya untuk penyembuhan daripadanya maka Allah akan menyembuhkan mu, jika kamu meminumnya untuk memohon perlindungan maka Allah akan melindungimu dan jika kamu meminumnya untuk menghilangkan kehausan maka Allah akan menghilangkannya”. [Lihat al-Mustadrak (1739), 646/1]

Dengan ini, maksud “له” atau “منه” di dalam hadis membawa erti “من أجله (dengan apa yang dihajatkannya)”. [Lihat: Juz fi hi al-Jawab an hal al-Hadith al-Masyhur “مَاءُ زَمْزَمَ، لِمَا شُرِبَ لَهُ”, 275]

Telah berkata imam al-Syaukani, hadis ini membuktikan bahawa memberi manfaat kepada peminumnya dalam apa jua perkara yang menyebabkan dia meminumnya samada berkaitan perkara dunia mahupun akhirat kerana “ ما (apa)” di dalam hadith “لِمَا شُرِبَ له” membawa maksud umum. [Lihat: Nail al-Authar, 105/5]

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Umrah dan Haji?

Khasiat Air ZamZam

Antara Khasiat sebenar Air ZamZam adalah Mengoptimumkan Proses Metabolisme Tubuh badan yang mana berfungsi untuk mengubah zat-zat yang masuk ke dalam tubuh badan. contohnya, lemak menjadi tenaga. Dengan minum air Zamzam sangat baik supaya metabolisme tubuh mampu berjalan dengan lebih baik serta dapat mencegah terjadinya timbunan lemak di dalam tubuh badan kita.

Selain itu, Menghilangkan Lapar. Mengikut kajian Sains, air zamzam ini bebas daripada mikroorganisme yang boleh mengurangkan kesegaran air. selain itu, didalam Air Zamzam terkandung dua mineral yang sangat penting iaitu kalsium dan magnesium. Antara kedua-dua kandungan mineral ini membuktikan air Zamzam ini dapat memberi manfaat kepada tubuh badan agar lebih segar dan sihat. Kelebihan air zamzam ini berfungsi sebagai makanan yang boleh mengenyangkan bagi orang yang meminumnya.

Seterusnya, Memaksimumkan Proses Penghasilan Sel Kulit yang telah Mati. Air zamzam mempunyai kebaikan dalam penjagaan penampilan kulit tubuh badan seperti membantu menghasilkan sel kulit yang mati dan diganti dengan kemunculan sel kulit yang baru. Air zamzam juga membantu dalam mencerahkan kulit tubuh badan dan wajah.

Keempat, Air Zamzam juga dapat melancarkan Peredaran Darah diseluruh tubuh badan. Masalah peredaran darah di dalam tubuh badan manusia terjadi akibat pengumpulan lemak dalam saluran darah. Pengambilan makanan yang berlemak seperti makanan segera dan kurang bersukan merupakan salah satu punca pengumpulan lemak dalam badan manusia.

Kelima, ia dapat menyihatkan Tulang Dan Gigi. Tubuh badan manusia memerlukan bekalan kalsium yang mencukupi setiap hari bagi memastikan tulang dan gigi sentiasa sihat dan kuat. Air zamzam mempunyai kalsium yang mampu memberikan manfaat bagi kesihatan tulang dan gigi manusia. Kekerapan meminum air zamzam mampu mencegah daripada berlakunya masalah pereputan tulang dan gigi manusia.

INGIN TRAVEL DENGAN HARGA YANG BERBALOI? DENGAN SITUASI PANDEMI COVID-19 EKONOMI ANDA MENURUN? JANGAN RISAU TERLAJAK TRAVEL AGENCY KAN ADA.

Keenam, Air Zamzam mampu memberikan tenaga bagi ibu yang sedang mengandung. Kita sedia maklum bahawa keadaan tubuh ibu sedang mengandung mudah terasa keletihan. Namun begitu, Kelebihan air zamzam dapat membantu mengatasi rasa keletihan pada ibu yang mengandung serta memberi tenaga yang lebih kepadanya. Air zamzam juga dapat menyegarkan tubuh badan dan menaikkan semangat dalam diri ibu yang mengandung ini.

Akhir sekali, Air Zamzam juga dapat menguatkan Rahim ibu yang mengandung. Rahim adalah tempat terletaknya janin. Keadaan rahim yang kuat sangat penting agar proses kehamilan sepanjang 9 bulan boleh berjalan dengan lebih baik dan selamat. Minum air zamzam ini juga sangat bermanfaat untuk menyihatkan dan menguatkan rahim ibu yang mengandung dan juga dapat menyihatkan tubuh badan ibu yang sedang mengandung.

SEMOGA BERMANFAAT….

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terima Kasih Kerana Melawat Website Kami

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Umrahku.my will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.