KETERBATASAN IBADAH HAJI DEMI MENCEGAH COVID-19

kerajaan arab saudi memperkenalkan dasar sop baharu

Keterbatasan Ibadah Haji Demi Mencegah Covid-19 dan Apa Itu Covid-19?

Coronavirus (CoV) adalah sejenis Bacteria yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Coronavirus 2019 (COVID-19). Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk. Dengan ini Para jemaah harus menganakan masker dan menjaga jarak saat tawaf.

Mengikut perbahasan fiqh, kemampuan iaitu kemampuan dari sudut keselamatan (al-istitha’ah al-amniyyah). Iaitu selamat atau aman dalam perjalanan, walaubagaimanapun ia bersifat sangkaan kuat (zhann) ke atas nyawa dan hartanya pada sesuatu tempat yang dilalui dengan keamanan yang munasabah baginya. Ini bermaksud, jika ia bimbang ke atas dirinya, isterinya atau hartanya sebarang bahaya daripada haiwan buas, musuh atau perompak jalanan dan tiada jalan lain selainnya, maka haji tidak wajib baginya kerana terdapatnya kemudaratan. (Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 3/2088)

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Umrah dan Haji?

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang mana bermaksud:

“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya.”

Manakala, Menurut Ashab al-Syafi’e, syarat wajib mengerjakan haji itu adalah selamat dalam perjalanan daripada tiga aspek iaitu nyawa, harta dan badh’ (yang berkaitan haji wanita dan khuntha). (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 7/80)

Menurut, Imam al-Haramain pula  mengatakan, aman yang dimaksudkan bukan semestinya ke tahap aman yang bersifat yakin atau aman seperti mana dalam keadaan tidak bermusafir. Akan tetapi aman atau selamat pada setiap tempat itu mengikut yang selayaknya atau sesuai dengannya. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab,7/80-81)

Keterbatasan ibadah haji demi mencegah covid-19 dapat disimpulkan disini pendapat kedua dalam mazhab, haji tidak diwajibkan jika membimbangkan keselamatan diri dalam perjalanan (khawfal-tariq). Ini kerana, jika seseorang memerlukan pengawal keselamatan untuk melindungi diri dan hartanya daripada perompak jalanan, maka haji tidak wajib dikerjakan tanpa khilaf. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 7/82)

Jadi, jika keselamatan daripada bahaya-bahaya berbentuk fizikal seperti perompak, musuh dan haiwan buas yang boleh menggugat nyawa dan harta benda boleh menjadi sebab haji tidak diwajibkan, apatah lagi bahaya bersifat penyakit yang menjadi pandemik seperti CORONAVIRUS. Bahaya tersebut bukan sahaja berkemungkinan wujud ketika dalam perjalanan pergi dan balik, bahkan ia secara pasti sedang menular di tempat yang ingin dituju iaitu Makkah al-Mukarramah.

Maksudnya: “Apabila telah mempunyai syarat-syarat wajib haji, wajib ke atasnya secara tidak serta merta (al-tarakhi) sebagaimana yang dinaskan oleh Imam al-Syafi’e dan dipersetujui oleh ashabnya kecuali al-Muzani yang mengatakan ia wajib secara serta merta. Maka berdasarkan pandangan (muktamad) dalam mazhab, harus menangguhkannya selepas tahun berkemampuan selagi mana dia tidak bimbang kepada halangan.” (Lihat al-Majmu’ Syarh alMuhazzab, 7/102)

INGIN TRAVEL DENGAN HARGA YANG BERBALOI? DENGAN SITUASI PANDEMI COVID-19 EKONOMI ANDA MENURUN? JANGAN RISAU TERLAJAK TRAVEL AGENCY KAN ADA.

Walau bagaimanapun, dari segi keutamaan, bagi sesiapa yang telah sampai ke tahun berkemampuan untuk menunaikan haji, Maka, disunatkan untuk dia tidak melewatkan atau menangguhkannya. Ini bagi memastikan dirinya terlepas daripada bebanan tanggungjawab mengerjakan fardhu haji, keluar daripada khilaf ulama yang mewajibkan secara serta merta dan bersegera dalam mengerjakan ketaatan. Namun jika dia melewatkannya dari tahun berkemampuan, tetapi sempat mengerjakannya sebelum meninggal dunia, maka dia tidak berdosa. Ini berdasarkan keadaan Rasulullah SAW sendiri yang menangguhkan haji ke tahun 10 Hijrah tanpa sebarang halangan. Akan tetapi, penangguhan tersebut mestilah disertai dengan keazaman yang kuat untuk melaksanakannya pada tahun-tahun akan datang. (Lihat al-Hajjwa al-’Umrah, Ahkam Fiqhiyyah Sadirah ‘an al-Mazhab alSyafi’iy wa Baqiyyah al-Mazahib al-Arba’ah, 10-11)

Maka, Ini dapat disimpulkan disini , seseorang yang menangguhkan pemergian hajinya ke tahun yang lain tanpa sebarang halangan, tidak sesekali berdosa jika dia berazam untuk pergi pada tahun-tahun lainnya. Apatah lagi jika dia menangguhkan pemergian hajinya ke tahun lain disebabkan keuzuran yang tidak dapat dielakkan seperti wabak penyakit yang melanda seluruh dunia ini.

Sebagai contoh, Seorang penyelidik yang bernama Ibrahim Muhammad telah melakukan kajian pada Februari 2020 dan mendapati bahawa pelaksanaan haji pernah ditangguhkan sebanyak 40 kali sepanjang sejarah Islam. Ia berlaku buat pertama kali pada tahun 930 Masihi ketika golongan Syiah Qaramithah mencuri Hajar Aswad. Manakala kali terakhir pada tahun 1987 disebabkan wabak meningitis.

SEMOGA BERMANFAAT….

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terima Kasih Kerana Melawat Website Kami

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Umrahku.my will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.