Gua Hira Tempat Turunnya Wahyu Yang Pertama

gua hira tempat turunnya wahyu yang pertama

Gua Hira tempat turunnya wahyu yang pertama adalah tajuk kita. Apa itu Gua hira?

Gua Hira dalam Bahasa Arab ialah غار حراء, iaitu sebuah gua yang terletak di Makkah, di atas sebuah gunung yang bernama Jabal al-Nour di wilayah Hijaz di Arab Saudi. Gua Hira ini terkenal sebagai tempat Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama daripada Allah melalui Malaikat Jibril. Gua Hira ini adalah tempat Nabi Muhammad SAW selalu menyendiri dan memunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada Allah selama tiga tahun. Nabi Muhammad SAW selalu ke situ bagi menghindari masyarakat Arab Jahiliyah yang pada saat itu masih belum beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Umrah dan Haji?

Antara beritu adalah fakta berkaitan Gua Hira:

  • Gua Hira’ terletak kira-kira 5meter dari puncak.
  • Wahyu yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang bertempat di Gua Hira. Mengikut pendapat ulama, surah Al -Alaq ayat 1-5 disampaikan oleh Malaikat Jibrail AS kepada Baginda.
  • Nabi Muhammad SAW sebelum dilantik sebagai ‘kenabian’ Baginda sentiasa mengunjungi ke Gua Hira’ ini untuk beruzlah dan menjauhi diri daripada pemuda puak musyrikin Makkah yang lain.
  • Nabi Muhammad SAW berumur 40 tahun ketika dilantik sebagai seorang Nabi.
  • Bukit ini terletak di Syaraye’ di mana ia adalah jalan menuju ke Ji’ranah dan juga Taif.
  • Dari puncak bukit, kita akan dapat melihat tepat ke arah Masjidilharam.
  • Kira-kira 634 meter ketinggian bukit ini.

INGIN TRAVEL DENGAN HARGA YANG BERBALOI? DENGAN SITUASI PANDEMI COVID-19 EKONOMI ANDA MENURUN? JANGAN RISAU TERLAJAK TRAVEL AGENCY KAN ADA.

Gua Hira merupakan gua yang sangat bermakna dan berharga bagi umat islam kerana Gua Hira tempat turunnya wahyu yang pertama yang diturunkan ke junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Gua Hira juga merupakan bukti dan sejarah bagi umat islam untuk mentaati Allah S.W.T dan baginda merupakan utusan dari Allah kepada umat manusia untuk kembali dan meyembah Allah yang esa.

SEMOGA BERMANFAAT..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terima Kasih Kerana Melawat Website Kami

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Umrahku.my will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.