Erti Sebenar Tawaf Mengelilingi Al-Bayt Al-Haram

erti sebenar tawaf

Erti sebenar tawaf adalah salah satu rukun ibadah haji yang dilakukan dengan mengelilingi kaabah sebanyak tujuh kali berturut turut. Antara jenis-jenis tawaf adalah tawaf qudum, tawaf ifadhah, tawaf sunat, tawaf tahiyyat, tawaf nazar, dan tawaf wada. Masing-masing mempunyai erti sebenar tawaf dan peranan yang berbeza kerana dilakukan pada waktu yang tertentu. Meskipun, semua jenis tawaf termasuk tawaf wada dilakukan di Masjidil Haram.seterusnya, tawaf yang dilakukan oleh seseorang yang telah luput hajinya, umpamanya luput haji kerana luput berwuquf di ‘Arafah, sebagai bertahallul (cara melepaskan dirinya) daripada ihram hajinya. Manakala dam orang yang luput hajinya ini adalah sepertimana dam tamattu’ dari segi sifat dan segala hukumnya.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai haji dan umrah?

Syarat-Syarat Tawaf

Sepertimana ibadat-ibadat yang lain mempunyai syarat-syaratnya yang tertentu agar sesuatu ibadat itu dianggap sah dan sempurna, tawaf juga mempunyai syarat-syaratnya. Secara ringkas syarat tawaf adalah:

1.Menutupi aurat sebagaimana menutup aurat Ketika dalam sembahyang.

  1. Suci daripada hadas kecil dan hadas besar serta suci pada pakaian, badan dan tempat tawaf daripada najis.
  2. Sentiasa menghalakan bahu kiri ke arah Kaabah dan tidak berpusing arah sepanjang melakukan tawaf.
  3. Memulakan tawaf daripada penjuru Hajar al-Aswad ataupun setentangan dengan penjuru Hajar al-Aswad. Apabila memulakan tawaf, hendaklah keseluruhan badan orang yang tawaf, yaitu pada bahagian bahu kiri, bersetentangan dengan penjuru Hajar al-Aswad dan tidak boleh mana-mana anggota badannya itu terkedepan daripada garisan Hajar al-Aswad.
  4. Melaksanakan 7 kali pusingan tawaf yang sempurna dan yakin. Bermula satu pusingan tawaf yang sempurna daripada penjuru Hajar al-Aswad dan berakhir pada penjuru Hajar al-Aswad itu juga.
  5. Tawaf dilakukan di dalam Masjidil Haram di sekeliling Kaabah dan di luar daripada asy-Syadzarwan dan al-Hijr (Hijir Isma’il). Tidak memadai tawaf seseorang itu melainkan mengelilingi keseluruhan Kaabah, sama ada tawaf dilaksanakan dengan jarak yang berhampiran dengan Kaabah ataupun jauh sedikit daripadanya, selama mana ia mengerjakan di dalam lingkungan Masjidil Haram.
  6. Niat tawaf
  7. Bertujuan adalah semata-mata untuk tawaf dan bukan selainnya.

 

INGIN TRAVEL DENGAN HARGA YANG BERBALOI? DENGAN SITUASI PANDEMI COVID-19 EKONOMI ANDA MENURUN? JANGAN RISAU TERLAJAK TRAVEL AGENCY KAN ADA.

 

Tawaf Sekeliling Kaabah

Tawaf bermaksud melakukan pusingan mengelilingi al-Bayt al-Haram, (Kaabah sebanyak tujuh kali pusingan dengan syarat tertentu sambal berdoa. Tempat melakukan tawaf ialah di sekeliling Kaabah yang terletak di dalam Masjidil Haram. Perkara ini adalah berdasarkan firman Allah SWT:

Maksudnya: ”Dan melakukan tawaf di Baitul ‘Atiq (Kaabah).” (Surah al-Hajj: 29)

 

SEMOGA BERMANFAAT..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *