Adab-Adab Menziarahi Maqam Nabi Muhammad SAW

adab menziarahi maqam nabi s.a.w

ADAB-ADAB MENZIARAHI MAQAM NABI MUHAMMAD S.A.W

 

Adab-adab menziarahi makam Nabi Muhammad SAW yang mana telah diterjemahkan dari kitab fiqh terkenal mazhab al-Syafi’e iaitu al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’e. Antara adab-adab menziarahi maqam nabi saw yang disebutkan adalah:

Pertama, Sunat berazam menziarahi Nabi Muhammad SAW dan menziarahi masjidnya ketika mengunjungi ke Madinah agar mendapat pahala kedua-duanya. Selain itu, sunat memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW ketika dalam perjalanan tersebut.

Yang kedua, Sunat mandi sebelum masuk Madinah sekiranya ada kemudahan. Jika tiada kemudahan, mandilah sebelum masuk ke dalam masjid dan pakailah pakaian yang paling bersih.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Umrah dan Haji?

Yang ketiga, Apabila sampai di pintu masjid, Nabi Muhammad SAW melangkah masuk dengan memulakan Langkah dengan menggunakan kaki kanan sambil membaca:

Yang bermaksud:

“Aku memohon perlindungan dengan Allah yang Maha Agung, dengan zat-Nya yang Maha Mulia dan dengan kekuasaan-Nya yang Maha Qadim, daripada syaitan yang direjam. Dengan nama Allah dan segala puji-pujian bagi Allah. Ya Allah, berselawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarganya, dan sejahterakanlah mereka! Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah pintu rahmat-Mu untukku.”

Yang keempat, Setelah solat di Raudhah, kemudian pergilah ke maqam Nabi Muhammad SAW yang mulia. Berdiri di situ dengan membelakangi kiblat dan menghadap dinding maqam kira-kira 4 hasta jaraknya daripada bahagian kepala. Serta tunduk menghadap dinding maqam, dan kosongkanlah fikiran yang berkaitan dengan hal-hal keduniaan, seolah-olah berhadapan dengan Nabi Muhammad SAW dengan segala kemuliaan dan kedudukannya yang tinggi dan ucapkanlah salam dengan perlahan:

Yang bermaksudnya:

“Sejahtera atasmu wahai Rasulullah. Sejahtera atasmu wahai Nabi Allah. Sejahtera atasmu wahai insan pilihan Allah. Sejahtera atasmu wahai insan pilihan Tuhan seluruh alam. Semoga Allah memberi balasan kepadamu bagi pihak kami wahai Rasulullah, sebaik-baik balasan yang Allah berikan kepada Nabi dan Rasul bagi pihak umatnya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah yang tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawa engkau adalah hamba-Nya dan Rasul dari kalangan makhluk-Nya. Aku bersaksi juga bahawa engkau telah menyampaikan risalah, menunaikan amanah, menasihati ummah dan berjihad untuk Allah sebenar-benar jihad.”

 

INGIN TRAVEL DENGAN HARGA YANG BERBALOI? DENGAN SITUASI PANDEMI COVID-19 EKONOMI ANDA MENURUN? JANGAN RISAU TERLAJAK TRAVEL AGENCY KAN ADA.

 

Setelah itu, bergerak sedikit ke kanan di tempat kubur Abu Bakar dan ucapkanlah salam:

 

السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا أَبَا بَكْرِ الصِّدِّيْقِ

Maksudnya: “Sejahtera ke atasmu wahai Abu Bakar al-Siddiq.”

Seterusnya, bergerak ke kanan di tempat kubur Umar bin al-Khattab dan ucapkanlah salam:

 

السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا عُمَرَ بِنْ الْخَطَّابِ

Maksudnya: “Sejahtera ke atasmu wahai Umar bin al-Khattab.”

Akhir sekali, Kembali ke tempat permulaan. Sambil menghadap kiblat, berdoalah untuk diri sendiri dan semua orang Islam, serta sebarang doa yang dihajati. Sesungguhnya itulah masa berdoa yang mustajab, InsyaAllah Amin.

Dan yang terakhir, Seafdhal-afdhal, solatlah di masjid Nabi Muhammad SAW sepanjang berada di Madinah dan ziarahlah perkuburan Baqi’ pada setiap hari dan ziarahlah perkuburan para syuhada’ di Uhud.

 

SEMOGA BERMANFAAT…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terima Kasih Kerana Melawat Website Kami

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Umrahku.my will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.