Akur Keputusan Arab Saudi, Malaysia Tidak Hantar Jemaah Haji Tahun Ini

Kenapa harus akur keputusan kerajaan Arab Saudi, Malaysia tidak hantar jemaah haji tahun ini? Ini kerana kerajaan Arab Saudi memutuskan ibadah haji bagi tahun ini dihadkan hanya untuk warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara tersebut sahaja

KUALA LUMPUR: Malaysia sekali lagi membuat keputusan untuk tidak menghantar jemaah haji bagi musim haji 1442H.

Ia selepas kerajaan Arab Saudi memutuskan ibadah haji bagi tahun ini dihadkan hanya untuk warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara tersebut sahaja.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Umrah dan Haji?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan, pihaknya akur dengan keputusan itu

Saya ingin menyatakan bahawa Malaysia tidak akan menghantar jemaah haji bagi musim haji 1442H, akur serta menghormati keputusan kerajaan Arab Saudi yang hanya membenarkan ibadah haji dijalankan bagi warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara tersebut,” ujarnya.

Kerajaan bagaimanapun akan memastikan segala urusan rakyat Malaysia yang telah berada di sana dan terpilih untuk melaksanakan ibadah haji bagi musim haji 1442H diuruskan dengan sebaiknya.

“Saya akan memastikan segala urusan rakyat Malaysia yang telah berada di sana dan terpilih untuk melaksanakan ibadah haji bagi musim haji 1442H diuruskan dengan sebaiknya oleh Lembaga Tabung Haji, selaras dengan prosedur standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi,” tambahnya lagi

Dr Zulkifli mengesahkan perkara berkenaan selepas menerima panggilan telefon daripada Tuan Yang Terutama Dr. Abdelfattah Sulaiman Mashat, Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi berkenaan keputusan kerajaan Arab Saudi bagi penglibatan jemaah haji daripada negara luar bagi musim haji 1442H.

 

INGIN TRAVEL DENGAN HARGA YANG BERBALOI? DENGAN SITUASI PANDEMI COVID-19 EKONOMI ANDA MENURUN? JANGAN RISAU TERLAJAK TRAVEL AGENCY KAN ADA

 

Beliau pada masa sama memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan mendoakan agar pandemik COVID-19 segera berakhir supaya umat Islam dapat kembali ke tanah suci untuk masa akan datang.

“Saya memohon maaf kepada semua bakal jemaah haji yang amat cinta dan rindukan dua Tanah Suci kerana terpaksa menangguhkan ibadah haji pada tahun ini.

“Keputusan ini sudah pasti amat berat dan sukar untuk diterima, tetapi kita tetap yakin dengan hikmah di sebalik keputusan tersebut.Saya menginsafi situasi yang sedang kita hadapi mutakhir ini sebagai sebuah ujian yang amat berat.

Pun begitu, saya tetap yakin dengan doa dan munajat kita semua yang sudah pasti pandemik COVID-19 akan berlalu pergi dari kamus kehidupan kita,” jelas beliau lagi.

 

akur keputusan kerajaan arab saudi, malaysia tidak hantar jemaah haji tahun ini

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terima Kasih Kerana Melawat Website Kami

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Umrahku.my will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.