Waspada Leka Di Tanah Suci

TERLALU banyak keistimewaan Tanah Suci Makkah buat umat Islam. Allah SWT menjadikan bumi kelahiran Nabi Muhammad SAW itu tempat yang aman sehinggakan mana-mana orang yang berkunjung berasa tenteram serta rindu untuk kembali. Namun, kita juga perlu diingat kan untuk waspada leka di tanah suci untuk mengelakkan perkara yang tak di ingini berlaku.

Malah, Tanah Suci Makkah satu-satunya tempat yang diperintahkan Allah SWT untuk mengunjunginya selain pahala solat di Masjidil Haram digandakan sehingga 100,000 kali ganda.

Setiap Muslim perlu berazam untuk sampai di Tanah Suci Makkah bagi melaksanakan ibadat haji dan umrah.

Mungkin ada sebilangan umat Islam pergi melaksanakan ibadat itu seperti makan angin, menyebabkan urusan ibadat yang perlu dilaksanakan dipandang remeh.

Sehubungan itu, niat dan matlamat utama sama ada ketika mengerjakan haji atau umrah adalah untuk menumpukan perhatian terhadap ibadat.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Umrah dan Haji?

Melancong pula adalah ‘bonus’ seperti dapat melawat lokasi-lokasi bersejarah serta mengimbau perjuangan nabi dan sahabat baginda.

Pensyarah Kanan Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Azlan Shaiful Baharum berkata, perkembangan positif apabila ramai mulai

sedar kepentingan terutamanya dalam melaksanakan ibadat umrah.

Menurutnya, mungkin ramai dilihat gemar berkongsi gambar menerusi laman sosial ketika berada di Tanah Suci Makkah sehingga mengaitkan tindakan itu tidak ubah seperti melancong.

“Bagaimanapun, semua itu berbalik semula dengan niat seseorang, sama ada semata-mata kerana Allah SWT atau ingin menunjuk-nunjuk.

“Dalam isu berkongsi gambar di Tanah Suci Makkah, tiada masalah sekiranya menyertakan juga gambar-gambar lokasi yang menyimpan sejarah sebagai inspirasi bagi orang lain.

“Kadangkala ada yang belum terbuka hati untuk pergi, tetapi selepas melihat temannya berkongsi gambar, baru timbul kesedaran dan keinginannya untuk menunaikan umrah.

“Saya fikir secara positif, mungkin ada gambar-gambar diambil itu untuk meniupkan semangat,” katanya.

Beliau berkata, biasanya syarikat pengendali akan membawa jemaah ke banyak tempat sepanjang tempoh menjalani ibadat umrah.

“Jika masuk Tanah Suci Makkah, jemaah akan menyelesaikan ibadat umrah sebaik mungkin terlebih dahulu sebelum berangkat menziarahi kawasan luar Masjidilharam dan sekitarnya.

“Antara kawasan menjadi tumpuan di Tanah Suci Makkah ialah Jabal Nur, Gua Hirak dan Jabal Thur.

“Di Madinah, lokasi yang dilawati terbahagi dua iaitu di dalam Masjid Nabawi, Makam Rasulullah SAW dan perkuburan Baqi’.

“Di perkuburan Baqi’ itu bersemadinya isteri-isteri Rasulullah SAW, anak-anak baginda, sahabat, tabiin, ulama dan sesiapa sahaja yang meninggal dunia di Madinah, termasuk jemaah dari Malaysia.

INGIN TRAVEL DENGAN HARGA YANG BERBALOI? DENGAN SITUASI PANDEMI COVID-19 EKONOMI ANDA MENURUN? JANGAN RISAU TERLAJAK TRAVEL AGENCY KAN ADA

“Selain itu, di luar kawasan Masjid Nabawi ada Masjid Quba’ iaitu masjid pertama Nabi SAW yang dibina atas dasar ketakwaan.

“Jemaah juga dibawa melihat kawasan Gunung Uhud untuk mendapat pengajaran apa yang berlaku ketika peperangan Uhud serta perkuburan 70 sahabat yang syahid dalam peperangan itu,” katanya.

Dr Azlan berkata, untuk menjadi mutawif pada zaman moden ini, seseorang perlu memiliki kelayakan yang diiktiraf selain pengetahuan dalam pelaksanaan ibadat umrah.

“Bagi memperoleh sijil mutawif, mereka perlu menjalani kursus sama ada dijalankan pihak akademi atau agensi yang diiktiraf.

“Saya sendiri memperoleh sijil mutawif daripada Tabung Haji. Sijil ini diiktiraf oleh semua agensi,” katanya.

Ketika ditanya lokasi mana dianggap antara yang istimewa dalam banyak tempat di Tanah Suci Makkah, Dr Azlan secara peribadi menyifatkan tempat itu adalah kawasan perkuburan al-Ma’la.

“Bagaimanapun, ia lebih sesuai dilawati pada musim haji kerana ketika melaksanakan umrah, kita ada kekangan masa.

“Ia terletak kira-kira empat kilometer dari Masjidilharam. Walaupun tidak dapat menghampiri makam itu kerana dipagar, kita masih berpeluang melihat dari jauh makam insan yang benar-benar disayangi Nabi SAW kerana perjuangannya terhadap Islam sangat tinggi.

“Malah, Makam Saidatina Khadijah itu juga satu-satunya terdapat pokok zaitun di atasnya,” katanya.

Secara kesimpulan nya, kita sebagai jemaah yang telah matang dan bijak, kita haruslah sentiasa waspada leka di tanah suci untuk ibadah kita sentiasa mabrur dan sempurna. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terima Kasih Kerana Melawat Website Kami

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Umrahku.my will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.