Jemaah Haji yang Layak Mula Terima Pengesahan

Sesungguhnya perkhabaran mengenai berita jemaah haji yang layak mula diterima pengesahan oleh kerajaan Arab Saudi adalah penguguman yang ditunggu- tunggu oleh semua bakal jemaah haji dan umrah.

MAKKAH: Pemohon yang layak menunaikan haji tahun ini sudah mendapat pesan teks sejak semalam dan kerajaan Arab Saudi mula melaksanakan fasa seterusnya.

Arab News, yang memetik Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Dr Abdulfattah Sulaiman Mashat, melaporkan fasa seterusnya ialah membahagikan senarai pemohon yang layak itu kepada beberapa kategori.

“Kategori pertama adalah mereka yang memenuhi syarat menunaikan haji dan menerima pesanan teks untuk mengakses portal elektronik kementerian bagi menyelesaikan proses pendaftaran.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Umrah dan Haji?

Pesanan teks itu dianggap sebagai persetujuan akhir hanya selepas memenuhi syarat yang ditetapkan,” katanya.

Jelas beliau, pihak kementerian juga mempermudahkan langkah pendaftaran untuk mengeluarkan permit haji.

“Ini termasuk log masuk ke portal elektronik, mengesahkan data pemohon dan memilih pakej yang tersedia,” katanya.

INGIN TRAVEL DENGAN HARGA YANG BERBALOI? DENGAN SITUASI PANDEMI COVID-19 EKONOMI ANDA MENURUN? JANGAN RISAU TERLAJAK TRAVEL AGENCY KAN ADA

Disebabkan penularan COVID-19 masih belum reda, Arab Saudi hanya menetapkan kuota 60,000 jemaah haji, terdiri daripada penduduk tempatan dan warga asing yang menetap di negara ini.

Namun, keputusan muktamad mengenai ibadah haji tahun ini masih bergantung kepada ancaman semasa pandemik COVID-19.

Ini adalah tahun kedua Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan untuk mengehadkan jemaah haji hanya untuk penduduk dan warga asing yang tinggal di negara itu, susulan penularan wabak coronavirus. – AGENSI.

Kesimpulannya, keluarnya berita mengenai jemaah haji yang layak terima pengesahan memberikan khabar baik kepada semua jemaah haji dan umrah kerana setiap individu yang layak merasa sangat teruja dan tidak sabar untuk menunaikan dan mengerjakan ibadah haji dan umrah pada tahun ini oleh kerana telah disekat oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengerjakan haji dan umrah kerana dihalang oleh Covid-19 yang telah melanda seluruh dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terima Kasih Kerana Melawat Website Kami

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Umrahku.my will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.