Bermulanya Syiar Islam

bermulanya syiar islam

Apakah yang dimaksudkan oleh bermulanya syiar islam? MENZIARAHI masjid pertama yang dibina dan hasil sentuhan ‘air tangan’ Nabi Muhammad SAW pastinya memberikan pengalaman yang sangat berbeza selain keinsafan kepada diri.

Itu pengalaman penulis tatkala menjejakkan kaki ke masjid pertama untuk orang Islam iaitu Masjid Quba untuk mengimbau kembali salah satu sirah Rasulullah bersama sahabat akrab baginda dalam perjuangan mengembangkan syiar Islam.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Umrah dan Haji?

Allah SWT turut merakamkan keutamaan dan keistimewaan Masjid Quba sebagaimana terkandung dalam Surah At-Taubah bermaksud: “…Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (Masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut untukmu solat di dalamnya. Di dalamnya masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih,” ayat 108.

Ayat Allah SWT itu jelas menerangkan kepada setiap umat Islam betapa tinggi nilai keistimewaan dimiliki masjid yang menjadi tempat mula kepada kemunculan sebuah peradaban dunia khususnya dunia Islam.

Bermulanya syiar islam. Masjid Quba adalah hasil air tangan Rasulullah SAW sendiri semasa baginda bersama sahabat akrabnya, Saidina Abu Bakar RA singgah buat sementara waktu di Perkampungan Quba yang terletak lebih kurang 10 kilometer dari Kota Yathrib atau Madinah.

Baginda SAW sempat meletakkan batu asas pembinaan masjid ini, malahan baginda SAW juga tinggal di perkampungan golongan Ansar itu selama empat hari sebelum meneruskan perjalanan menuju Madinah.

Menggunakan peralatan asas seperti batang dan daun kurma serta batu-bata di sekitar perkampungan berkenaan, akhirnya Masjid Quba berjaya dijayakan dan dapat dimanfaatkan setiap umat Islam ketika itu untuk beribadat serta melakukan aktiviti kerohanian yang lain.

Kini, Masjid Quba sudah melalui beberapa proses pembangunan sehinggalah ia menjadi sebuah masjid yang besar dan sentiasa menjadi lokasi ‘wajib ziarah’ baik mereka yang mengerjakan haji mahupun umrah di Tanah Suci.

Apabila mutawif berpengalaman daripada JAD Travel iaitu Ustaz Badrul Hakimi memberitahu bahawa rombongan akan berangkat ke Masjid Quba pada sebelah pagi pada 2 Disember yang lalu, penulis seakan-akan tidak dapat melelapkan mata kerana tidak sabar untuk melihat sendiri rupa bentuk masjid yang penuh barakah itu.

Penulis serta jemaah lain begitu bersemangat mengejut seluruh ahli keluarga sampai ‘terlajak ‘ ke bilik rakan-rakan yang lain supaya segera ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat Subuh dan bersedia seawalnya untuk berangkat ke Masjid Quba.

Mengapakah digelar bermulanya syiar islam?. Nyata, Masjid Quba meniup aura tersendiri pada diri penulis kerana selama ini hanya membaca lingkaran sejarahnya sambil menatap foto yang tertera dalam majalah mahupun buku.

Bas rombongan ziarah mula bergerak laju membelah kesibukan Kota Makkah menuju destinasi yang dinantikan.

Selain Masjid Nabawi yang menempatkan Makam Rasulullah SAW dan dua sahabat baginda, hati jemaah semua seolah-olah sudah ‘tercetak’ dengan rasa rindu mendalam untuk berziarah ke Masjid Quba.

Sebaik bas berada di kawasan parkir yang ditetapkan, jemaah turun ke kawasan lapang untuk mendengar arahan dan taklimat daripada mutawif.

INGIN TRAVEL DENGAN HARGA YANG BERBALOI? DENGAN SITUASI PANDEMI COVID-19 EKONOMI ANDA MENURUN? JANGAN RISAU TERLAJAK TRAVEL AGENCY KAN ADA

Mutawif menerangkan maklumat ringkas berkaitan sejarah Masjid Quba dan semua jemaah memberikan fokus penuh khusyuk sambil sesekali mata memandang ke arah masjid berwarna putih gah di hadapan kami.

Sesekali, hati penulis dibawa kenangan bagaimana kukuh dan padunya semangat ukhuwah golongan Ansar yang membantu baginda SAW sekali gus ‘mencerahkan’ alam di bumi Madinah dengan sinaran cahaya Islam.

Azam dan niat yang berbungkus dalam hati selama ini akhirnya dimakbulkan Allah SWT dan kini masjid kecintaan Rasulullah SAW sudah dijejaki.

Ibnu Umar pernah memberitahu bahawa Rasulullah SAW pernah mengunjungi Masjid Quba’ pada setiap Sabtu, sama ada berjalan kaki ataupun menaiki kenderaan.

Malah sejarah memaparkan bahawa Ibn Umar sendiri turut mengikuti jejak sunnah baginda SAW itu dengan melakukannya perkara seperti itu. (Direkodkan oleh Imam Bukhari)

Catatan daripada Imam Bukhari menunjukkan betapa Masjid Quba’ begitu dekat di hati Rasulullah SAW dan sahabat. Hal demikianlah membuatkan penulis begitu beriya-iya mahu mengikuti jejak sunnah baginda SAW.

Sebaik saja selesai menunaikan solat sunat dalam masjid berkenaan, penulis menzahirkan kata-kata, “Ya Rasulullah SAW, aku rindu padamu dan kini aku berada di masjid yang pernah engkau dirikan. Lantas seketika itu jua, air mataku tanpa sedar menitis membasahi pipi tatkala fikiran dan ingatan masih ‘bertakung’ pada sejarah perjuangan Baginda SAW.”

Itu antara catatan ziarah penulis tatkala mengunjungi Masjid Quba yang bukan saja penuh dengan keberkatan, malah menjadi masjid pertama untuk orang Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terima Kasih Kerana Melawat Website Kami

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Umrahku.my will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.