Tips Pemilihan Pakaian Wanita Semasa Umrah

Tips pemilihan pakaian wanita semasa umrah perlu diperhatikan sebelum menerima jemputan ke tanah suci untuk menunaikan umrah adalah sesuatu yang sangat mengujakan. Sebelum berangkat, semestinya banyak persiapan yang perlu dibuat untuk memastikan semuanya berjalan lancar dari mula bertolak sampailah kembali semula ke tanahair.

Sekilas pandang, pemilihan pakaian mungkin bukan menjadi keutamaan semasa membuat persiapan umrah, namun khususnya bagi wanita, pemilihan pakaian yang sesuai sebenarnya turut mempengaruhi perjalanan ibadah umrah.

Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan 7 tips memilih pakaian yang sesuai untuk wanita semasa berada di tanah suci.

TIP #1 – PAKAIAN YANG MUDAH GOSOK ATAU TANPA GOSOK

Pilih pakaian yang diperbuat daripada jenis kain yang mudah digosok, lebih bagus lagi jika tidak perlu digosok langsung. Elakkan daripada membawa pakaian yang susah digosok atau yang memerlukan masa menggosok yang lama untuk hilangkan kedutan-kedutan pada pakaian.

Kita mahu fokus kepada ibadah umrah dan jika ada sedikit masa yang terluang adalah lebih kita manfaatkan untuk berehat secukupnya, bukan untuk dibazirkan dengan menggosok baju lama-lama!

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Umrah dan Haji?

Contoh kain yang mudah digosok atau perlu gosokan minimum ialah kain polycotton seperti yang digunakan oleh Rona Rossa dalam koleksi telekung dan jubah seluar (pantsuit).

TIP #2 – PAKAIAN YANG SENANG DIBUKA DAN DIPAKAI SEMULA

Apa itu pakaian yang senang dibuka dan dipakai semula?

Contoh:

  • Baju yang mempunyai lengan mudah selak (bergetah) atau berzip
  • Tudung labuh segera atau telekung mini
  • Stokin wudhu

Apakah kepentingan memakai pakaian sebegini?

Dengan memakai pakaian yang mempunyai ciri-ciri seperti yang disenaraikan dalam contoh di atas, kita lebih mudah dan cepat mengambil wudhu.

Khususnya di Masjidil Haram, lokasi tandas dan tempat mengambil wudhu terletak jauh di luar masjid. Bayangkan jika kita memakai baju yang lengannya sukar diselak atau dibuka, dengan gaya shawl belit-belit, stokin pula perlu ditanggalkan sepenuhnya, sudah pasti menyukarkan kita mengambil wudhu menggunakan air yang dibawa di dalam botol.

TIP #3 – PAKAIAN YANG MEMUDAHKAN PERGERAKAN

Jabal Uhud dan Jabal Rahmah adalah antara lokasi tumpuan ziarah di Mekah dan Madinah. Kedua-duanya berada di kawasan bukit. Pastinya jemaah wanita juga tidak mahu ketinggalan untuk mendaki kedua-dua bukit ini.

Walaupun jubah dan khimar adalah pakaian yang paling digemar dipakai semasa berada di Mekah dan Madinah, sebaiknya untuk mendaki tempat bersejarah seperti Jabal Uhud dan Jabal Rahmah, kami sarankan supaya anda mengenakan pakaian daripada gabungan blaus labuh dan seluar longgar atau jubah seluar (pantsuit). Bukan saja memudahkan pergerakan, ia juga lebih menjamin keselamatan semasa melakukan pendakian.

Jika anda tetap mahu memakai jubah, jangan lupa untuk memakai seluar panjang di dalam jubah anda. Pastikan seluar itu tidak ketat dan bukan berwarna seakan warna kulit.

TIP #4 – PAKAIAN YANG MEMBANTU MEMUDAHKAN PENJAGAAN AURAT

Walaupun dari segi tips pemilihan pakaian wanita semasa umrah, jemaah wanita mempunyai sedikit kelonggaran berbanding jemaah lelaki, kita masih perlu perhalusi pemilihan pakaian kita bukan saja memudahkan pergerakan dan menjamin keselamatan kita, tetapi juga menutup aurat kita dengan sempurna sepanjang masa.

Kita sedia maklum aurat wanita lebih banyak perlu dijaga berbanding lelaki. Namun begitu, kita juga punya lebih banyak pilihan pakaian, tidak seperti lelaki yang ada pilihan terhad. Terdapat bermacam-macam jenis fesyen dan gaya pakaian wanita di pasaran. Kita haruslah bijak memilih pakaian yang memudahkan kita menjaga aurat, lebih-lebih lagi untuk dipakai semasa berada di tanah suci.

Antara rekaan pakaian dan aksesori yang membantu memudahkan penjagaan aurat:

  • Pergelangan tangan baju (sleeve cuff) jenis elastik, zip atau berbutang
  • Telekung atau telekung mini berlengan
  • Tudung labuh segera berdagu
  • Sarung lengan (handsock)
  • Stokin wudhu’

TIP #5 – PAKAIAN YANG PADAN DENGAN SAIZ BADAN

Pakai pakaian yang bersesuaian dengan saiz badan kita, yakni longgar, tidak ketat dan labuh.

Blaus berlengan panjang yang tidak sendat di bahagian badan, tidak melekap di bahagian lengan, labuh pula menutupi bahagian punggung.

Jubah yang longgar dan labuh mengikut ketinggian kita, tidak meleret-leret menyapu jalan.

Ada juga pakaian jenis maxi dress yang longgar tetapi kerana ia diperbuat daripada kain Lycra, maxi dress itu berisiko untuk melekap di badan jadi elakkan memakai pakaian begini kerana walaupun longgar, ianya akan menampakkan bentuk badan kita.

Oh ya, jangan keliru jubah dengan maxi dress tau!

INGIN TRAVEL DENGAN HARGA YANG BERBALOI? DENGAN SITUASI PANDEMI COVID-19 EKONOMI ANDA MENURUN? JANGAN RISAU TERLAJAK TRAVEL AGENCY KAN ADA.

TIP #6 – PAKAIAN YANG RINGAN TETAPI TIDAK JARANG

Pakaian yang ringan sememangnya lebih selesa dan memudahkan pergerakan. Cuaca di Mekah dan kawasan sekitar boleh mencecah sehingga lebih 40°C. Tambahan pula ia juga dapat membantu mengoptimumkan penggunaan kuota berat bagasi. Banyak berlaku kes di mana jemaah umrah atau haji yang mengirim semula pakaian kembali ke tanah air kerana isu bagasi terlebih berat yang berpunca daripada pakaian tebal dan berat ataupun mahu membuka ruang untuk menyimpan barang-barang yang dibeli semasa berada di Mekah dan kawasan ziarah lain.

Namun, perhatikan juga dari segi ketebalan kain, kebiasaannya pakaian yang ringan adalah diperbuat daripada kain yang nipis seperti chiffon. Jadi, periksa dengan teliti terlebih dahulu sama ada kain itu jarang atau tidak. Bukan semua kain yang ringan itu nipis dan jarang. Teknologi pembuatan tekstil kini lebih maju, sudah banyak pakaian yang diperbuat daripada kain yang ringan tetapi tidak jarang ada di pasaran.

TIP #7 – PAKAIAN YANG SESUAI DENGAN MUSIM

Kita selalu mendengar atau membaca pakej umrah musim sejuk, seolah-olah negara Arab Saudi adalah negara empat musim. Sebenarnya di Arab Saudi tidak ada musim sejuk dalam makna biasa. Musim sejuk di sini merujuk kepada tempoh di mana negara itu mengalami cuaca paling sejuk, purata suhu tersejuk sekitar 20°C.

Maka amat penting untuk kita mengetahui keadaan cuaca di Mekah, Madinah dan kawsan ziarah lain semasa tempoh kita berada di sana supaya kita dapat membuat persiapan yang bersesuaian dari segi pemilihan pakaian dan juga aspek lain yang sebelum berangkat ke sana.

Demikianlah 7 tips pemilihan pakaian untuk wanita semasa menunaikan ibadat umrah. Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu para wanita membuat pilihan pakaian yang sesuai dan selesa semasa berada di tanah suci kelak.

sumber : https://www.ronarossa.com

Terima Kasih Kerana Melawat Website Kami

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Umrahku.my will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.