Tips Mengerjakan Umrah Ketika Hamil

Antara tips mengerjakan umrah ketika hamil adalah dengan memaklumkan kepada pihak agensi tentang usia sebenar kandungan anda. Melalui pengalaman saya, pihak agensi tidak kisah, cuma mereka tidak mahu dipertanggungjawabkan sekiranya apa-apa berlaku pada kita sepanjang berada di sana. Kita sendiri yang akan menanggung risikonya. Di sini, anda akan diminta untuk membuat surat yang mengatakan anda akan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya apa-apa berlaku dan anda tidak akan menyalahkan pihak agensi.

  • Mohon pihak agensi tempatkan anda di bilik  hotel yang paling bawah bagi memudahkan anda menggunakan tangga sekiranya lif penuh untuk ke masjid samada di Madinah atau pun di Mekah. Sekiranya bajet mencukupi, pilihlah hotel yang paling berdekatan dengan Masjid. Jangan sayang tambahan RM1000, tiada apa yang lebih bernilai daripada dapat beribadat dengan sempurna di sana.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Umrah dan Haji?

  • Dapatkan nasihat doktor yang biasa merawat anda dan kandungan, samada anda boleh mengerjakan umrah atau tidak. Doktor akan keluarkan surat yang menunjukkan kesihatan anda mengizinkan anda untuk menunaikan umrah. Anda juga tidak akan dicucuk vaksin jika anda tidak mahu. Pengalaman saya yang sedang hamil 7 bulan, doktor telah keluarkan surat bahawa kandungan saya sekitar 4 bulan sahaja. Tujuannya adalah untuk lepas dari sekatan pihak kedutaan Arab Saudi terhadap ibu yang hamil 7 bulan menaiki pesawat. Alhamdulillah, mungkin disebabkan perut saya yang agak kecil dan saya selalu mengenakan jubah atau telekung solat, tiada siapa yang perasan saya sedang hamil.
  • Bawa barang-barang keperluan dalam kuantiti yang perlu sahaja kerana anda perlu bawa sendiri beg anda. Jangan terlalu mengharapkan suami kerana suami juga perlu membawa begnya sendiri. Anda disyorkan membawa satu beg sahaja bagi mengelakkan kesulitan. Mengikut pengalaman saya, semasa perjalanan menuju ke bilik hotel, kita perlu sentiasa cepat bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Setiap pergerakan memerlukan anda untuk membawa beg anda bersama. Saya hanya membawa empat helai jubah dan dua helai baju tidur sahaja. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.

INGIN TRAVEL DENGAN HARGA YANG BERBALOI? DENGAN SITUASI PANDEMI COVID-19 EKONOMI ANDA MENURUN? JANGAN RISAU TERLAJAK TRAVEL AGENCY KAN ADA.

  • Bawa losyen, krim pelembab muka dan pelembab bibir kerana di sana cuacanya kering dan boleh menyebabkan kulit anda tersangat kering merupakan tips mengerjakan umrah ketika hamil. Semasa saya di sana, cuaca ketika itu adalah musim sejuk. Saya terpaksa beli baju sejuk dan stokin tebal di Madinah demi untuk menjaga kandungan dengan sebaik mungkin.
  • Bawa suplemen yang mencukupi untuk menambah tenaga. Semoga Allah Memelihara Ibu dan Bayi didalam Kandungan, Inshaallah

sumber: https://www.fitrahalhajj.my/

Terima Kasih Kerana Melawat Website Kami

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Umrahku.my will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.