Ambil langkah elak kena tipu Pakej Umrah

Ambil langkah elak kena tipu pakej umrah

Meskipun kebanyakan daripada kita sekarang sudah celik IT namun masih ada juga segelintir yang masih mengambil sikap mudah dengan tidak memeriksa telebih dahulu apa jua pakej percutian atau umrah yang ditawarkan.

Ambil langkah elak kena tipu pakej umrah .. Banyak kempen kesedaran yang sudah dilakukan kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya malah beberapa badan bukan kerajaan (NGO) juga turut mengambil inisiatif untuk memberi kesedaran kepada orang ramai supaya tidak mudah tertipu dengan apa jua helah yang diguna pakai agensi pelancongan.

Dan bagi tahun ini atas dasar tanggungjawab, Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) menganjurkan Ekspo Pelancongan Islamik yang dilihat berjaya mencapai objektifnya tahun lepas dan kini menjadi acara tahunan.

Ekspo yang disertai 30 agensi pelancongan dari Indonesia, Arab Saudi, Jeddah, Vietnam, Kemboja dan Mesir itu antara lain bagi memudahkan syarikat atau agensi yang baru menceburi bidang pelancongan Islam supaya lebih memahami dan mengetahui apakah pakej dan kerjasama yang dapat dijalinkan agar tidak merugikan mana-mana pihak.

Menurut jurucakap salah seorang pemilik agensi pelancongan, Wan Putera Wan Ahmad inisiatif yang dilakukan Matta sangat bermanfaat bagi mereka yang baru sahaja berjinak dalam bidang ini.

Dan pada masa yang sama mereka juga dapat bertukar pandangan mengenai tawaran pakej yang disediakan agar dapat memenuhi kehendak masyarakat Malaysia secara khususnya terutama bagi pakej umrah.

Berikut beberapa tips untuk elak jadi mangsa penipuan pakej Umrah.

1. HARGA MINIMUM ADALAH RM4,900

Harga yang murah sememangnya akan menjadi salah satu faktor yang paling kritikal untuk kita memilih sesebuah pakej.

Oleh itu, Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) merupakan inisiatif Kerajaan yang telah ditubuhkan bawah Akta Industri Pelancongan 1992 bagi memantau pelaksanaan standard perkhidmatan syarikat pengendalian pelancongan dan agensi pengembaraan dalam mengendalikan pakej umrah.

Menurut MKSU, harga pakej minimum yang ditetapkan buat masa ini adalah RM4,900 untuk tempoh umrah 12 hari 10 malam.

Sekiranya kurang daripada harga ini, cuba dapatkan kesahihannya daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Harga ini adalah sebagai panduan untuk menyedarkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan tawaran pakej umrah yang terlampau murah.

2. KANDUNGAN ASAS DALAM PAKEJ

Pastikan pakej yang ditawarkan oleh ejen umrah tersebut merangkumi semua perkara ini. Ia sepatutnya termasuk dalam pakej standard umrah.

  • Tiket penerbangan pergi dan balik
  • Visa Umrah
  • Penginapan
  • “Ground transport”
  • Makanan
  • Lawatan / ziarah
  • Diiringi oleh wakil syarikat
  • Mutawif
  • Perlindungan skim takaful umrah untuk kecemasan, sakit, atau kematian
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik bergambar bersama peserta Ekspo Pelancongan dari Arab Saudi, Kemboja, Vietnam, Indonesia, Jeddah dan Mesir.

3. BAGAIMANA HARGA BOLEH BERBEZA-BEZA?

Walaupun harga minimum telah ditetapkan, ada banyak perkara yang boleh menjadikan sesuatu pakej mempunyai harga yang berlainan.

Dalam hal ini, anda sepatutnya memilih berdasarkan kesesuaian serta keperluan anda pada satu-satu masa.

Antara faktor harga yang berbeza adalah disebabkan:

  • Tarikh – Waktu peak season seperti cuti sekolah, atau akhir Ramadhan biasanya lebih mahal
  • Penerbangan transit atau terus
  • Kekerapan makanan
  • Petugas & Mutawwif
  • Jenis pengangkutan di sana – bas, van, limosin, dan sebagainya
  • Jarak penginapan dengan Masjidil Haram

4. SEMAK DAFTAR LESEN SYARIKAT

Penting untuk kita tahu bahawa bukan semua “travel agent” boleh menawarkan pakej umrah.

Hanya syarikat berstatus Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) dan dilesenkan di bawah 2 bidang berikut:

  • Agensi pengembaraan (ticketing)
  • Pelancongan luar negeri (outbound)

Adalah berisiko jika anda membuat pembayaran melalui wakil syarikat persendirian, yayasan, atau koperasi kerana mereka sebenarnya tidak dilesenkan sebagai pengendali umrah.

Peserta Ekspo Pelancongan Islam menerangkan pakej yang ditawarkan sama ada umrah ataupun melancong kepada Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

5. SEMAKAN “ONLINE”

Sebelum membuat bayaran, pastikan anda membuat semakan terhadap lesen “outbound” dan pengendali syarikat umrah tersebut.

Ia boleh dibuat secara online melalui laman web berikut.

http://www.motac.gov.my/en/check/tobtab

Selain itu Kementerian Pelacongan juga telah menetapkan agensi pelancongan perlu mendapatkan Lesen Khas Umrah (LKU) atau tidak dibenarkan sama sekali untuk mengendalikan pakej umrah dan haji.

Dan sehingga kini terdapat 80 syarikat mempunyai LKU berstatus muasassah dan 186 agensi bukan muasassah.

http://www.motac.gov.my/arkib/2018/umrah-lku-1439

6. GANTI RUGI JIKA BERLAKU PEMBATALAN

Selain menyemak pada pakej beserta harga, anda juga perlu bertanyakan tentang terma dan syarat sekiranya berlaku pembatalan atau kepalsuan pada pakej yang dijanjikan.

Maka, pastikan caj pembatalan atau peruntukan ganti rugi dinyatakan dengan jelas.

Menurut Kementerian Pelancongan Malaysia, jika anda terpaksa membatalkan umrah yang telah ditempah, anda boleh dikenakan caj pembatalan sekiranya ia dimaklumkan dalam tempoh kurang daripada 44 hari sebelum tarikh berlepas.

7. PEMBAYARAN

Jumlah deposit yang perlu dibayar biasanya adalah 25% dari harga pakej yang ditawarkan.

Manakala, bayaran penuh perlu dibuat 21 hari sebelum tarikh berlepas.

Contoh:

Harga pakej RM 5,000. Deposit = RM 1,250. Baki RM 3,750 boleh dibayar sebelum tarikh berlepas yang ditetapkan.

Ia boleh dbiayar kepada akaun syarikat atau kepada akaun persendirian agensi pengurusan yang dilantik secara sah.

Jangan lupa minta resit rasmi syarikat setiap kali membuat pembayaran secara keseluruhan, sebahagian, atau ansuran.

Ambil langkah elak kena tipu pakej umrah

SUMBER : https://www.freemalaysiatoday.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Terima Kasih Kerana Melawat Website Kami

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Umrahku.my will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.