SEJARAH MULTAZAM

Sejarah Multazam

Terletak di antara Hajarul Aswad dan pintu Kaabah dan jaraknya ialah dua meter. Menurut Saidina Abdullah Bin Abbas r.a.: Al-Multazam terletak antara Rukun Hajarul Aswad dan pintu Kaabah. Multazam ialah salah satu tempat yang diperkenankan doa dan disunatkan berdoa serta diletakkan pipi, dada, dan lengan serta dua tapak tangan di Multazam, Disunatkan berada di Al-Multazam setelah melakukan tawaf wada’ (perpisahan) dan berdoa kepada Allah.

Diriwayatkan bahawa Mujahid telah berkata:

“Kawasan antara sudut Hajarul Aswad dan pintu Kaabah adalah Al-Multazam, sesiapa yang berdoa kepada Allah di Al-Multazam, maka Allah akan mengabulkan doanya”.

Marwan berkata dalam sebuah hadis, Mujahid berkata:

“Dinding antara sudut Hajarulaswad dan pintu Kaabah dinamakan al-Multazam, dan sangat jarang jika Allah dimohon sesuatu di sana atau memohon pertolongan kepada-Nya daripada sesuatu, Allah tidak mengabulkannya.”

Diriwayatkan bahawa Abdullah bin Abbas sentiasa berada di antara sudut Hajarul Aswad dan pintu Kaabah, dan dia berkata:

“Kawasan antara sudut Hajarul Aswad dan pintu Kaabah dinamakan al-Multazam. Tiada seorang pun yang berada di sana memohon kepada Allah sesuatu melainkan permohonannya itu akan diberikan kepadanya.”

Dalam Sunan Abu Daud diriwayatkan bahawa Abdul Rahman bin Abu Safwan berkata:

“Ketika Rasulullah menakluki kota Makkah, aku keluar dan melihat Rasulullah dan para sahabatkeluar dari Kaabah. Mereka menyentuh sudut dari pintu Kaabah sampai ke Hatim (ruang antara Hajarulaswad dan pintu Kaabah),melekapkan pipi mereka ke Kaabah, dan Rasulullah berada di tengah-tengah mereka”

Keistimewaan Multazam

1.Tempat Mustajab Doa
Rasulullah bersabda : Multazam adalah tempat berdoa yang mustajab (termakbul), tidak seorang pun hamba Allah yang berdoa di tempat ini tanpa terkabul doanya. Hal ini menunjukkan bahawa Multazam adalah tempat paling afdal unutk memperbanyakkan doa.

2.Taman Syurga

Multazam adalah tempat paling bersih, tempat paling dekat dengan Allah s.w.t.,tempat munajat, tempat cantik dan indah , hal itu menyebabkan Multazam dipanggil taman syurga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *