SEJARAH MAQAM IBRAHIM

Sejarah Maqam Ibrahim

Maqam daripada segi bahasa merujuk kepada tempat berpijak. Maqam Ibrahim merupakan batu yang dibawa oleh Nabi Ismail a.s untuk dijadikan sebagai tempat Nabi Ibrahim a.s berpijak ketika membina Kaabah. Setiap kali bangunan Kaabah bertambah tinggi, maqam tersebut juga ikut naik seolah-olah tangga kren.

Said Bin Jubair berkata:

“Batu Maqam Ibrahim ini, Allah swt telah menjadikannya lembut dan ia sebagai rahmat. Nabi Ibrahim a.s berdiri di atasnya manakala Nabi Ismail a.s menghulurkan batu-batan kepadanya”.

Selepas Kaabah siap dibina, di atas batu inilah Nabi Ibrahim as menyeru manusia untuk datang mengerjakan haji. Diriwayatkan oleh Al-Fakihi bahawa apabila selesai pembinaan Kaabah, Allah swt memerintahkan Nabi Ibrahim a.s untuk menyeru manusia datang mengerjakan haji. Kemudian Nabi Ibrahim a.s naik atas batu (Maqam Ibrahim) lalu menyeru:

‘Wahai manusia! Telah difardhukan ke atas kamu mengerjakan haji‘.

Data-data atau Sifat Maqam Ibrahim

Batu Maqam Ibrahim dipelihara oleh Allah s.w.t. Ditemui di atas tempat kecil yang diperbuat dari tumpahan marmar. Kini diletakkan di dalam rumah kaca di samping Multazam. Atas perintah Khalifah Al-Mahdi Al-Abbasi di sekeliling batu Maqam Ibrahim a.s. itu telah diikat dengan perak dan dibuat kandang besi berbentuk sangkar burung. Sengaja dibangunkan dari kerosakan dan sembahan kaum musyrikin.

Panjang dan lebar kandang besi tersebut sesuai dengan ukuran batu itu sendiri. Tingginya sekitar 13 sentimeter. Warna batu Maqam Ibrahim itu adalah kekuning kemerah-merahan. Batu Maqam Ibrahim tingginya 20 sentimeter. Panjangnya di setiap ketiga-tiga penjuru 36 sentimeter dan panjang sudut keempat 38 sentimeter. Jadi ukuran kelilingnya dari atas adalah 164 sentimeter.

Di atas batu yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. inilah telapak kaki Nabi Ibrahim a.s. terbenam cukup dalam, iaitu kira-kira 9-10 sentimeter. Allah s.w.t. menjadikan batu ini sebagai mukjizat baginya. Batu yang sesungguhnya keras ini, ketika dipijak oleh sepasang telapak kaki Nabi Ibrahim a.s ia telah menjadi lembut seperti tanah liat. Namun, dengan kuasa Allah s.w.t. jua selepas itu batu itu menjadi keras semula setelah Nabi Ibrahim a.s. mengangkat telapak kakinya.

 Kedudukan Maqam Ibrahim

Terdapat dua pendapat berkenaan dengan kedudukan asal Maqam Ibrahim :

1.Pendapat pertama diriwayatkan oleh Al-Azragi dan disokong oleh Syed Said Bakdas: Daripada zaman Nabi Ibrahim as hinggalah ke zaman Khalifah Umar Al-Khattab r.a., Maqam ini berada di tempat sekarang. Apabila berlaku banjir. Maqam berada di bahagian bawah Kaabah. Lalu penduduk Mekah memindahkannya di tepi Kaabah.
Lalu Khalifah Umar r.a. meletakkannya semula di tempat asal.

2.Pendapat kedua diriwayatkan oleh Abdur Razzak dengan sanad daripada ‘Ata dan Mujahid. Pada zaman Nabi Ibrahim a.s dan selepasnya, Maqam ini bersambung dengan Kaabah dan diletakkan sebelah kanan pintu sehinggalah dipindahkan oleh Khalifah Umar ke tempatnya hari ini.

Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Aisyah r.ha bahawa: ‘Pada zaman Rasullullah dan Abu Bakar As-Siddiq r.a., macam ini bersambung dengan Kaabah, kemudian Umar r.a. mengalihkannya ke belakang. Umar berpendapat kedudukan asalnya telah menyempitkan kawasan solat dan tawaf, lalu beliau meletakkan di tempat yang lebih baik untuk kemaslahatan umum. Perbuatannya itu mungkin sudah diilhamkan oleh Allah swt kerana pada awalnya Umar r.a. yang mencadangkan agar Maqam dijadikan sebagai tempat solat. Para sahabat dan orang yang selepasnya semua bersetuju dengan perbuatan Khalifah Umar ra. dan tidak ada yang mempertikaikan perbuatannya.

Cubaan memindahkan Maqam Ibrahim ke belakang

Bilangan jemaah haji dan umrah semakin bertambah pada setiap masa menyebabkan kawasan tempat tawaf telah menjadi sempit. Pada 1377H selepas pembesaran kawasan Masjidil Haram, wujud cadangan untuk memindahkan Maqam Ibrahim ke belakang. Ada yang menyokong dan menentang. Sebahagian ulama yang menentang berpendapat bahawa mengekalkan Maqam Ibrahim ditempatnya adalah lebih baik kerana ia telah dipilih oleh Rasullullah dan Khalifah Umar r.a.

Pada tahun 1385H, Muktamar Rabitah Al-‘Alam Al-Islami telah membuat keputusan bahawa Maqam Ibrahim dikekalkan di tempat asalnya dengan pengubahsuaian lingkungan kaca tebal dalam ukuran yang lebih kecil.

 Kelebihan Maqam Ibrahim

1. Tempat Solat
Anas Bin Malik r.a. meriwayatkan Umar Al-Khattab r.a. berkata: Pendapatku telah diterima oleh tuhanku dalam tiga perkara. Aku berkata: Wahai Rasullullah, kenapa tidak kita jadikan Maqam Ibrahim ini sebagai tempat solat. Kemudian ayat ini diturunkan. Firman Allah swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 125 :

وإذ جعلنا البيت متابة الناس وأمنا وأدوا من مقام إبره مضل عدنا إلى إثره وإشعيل أن
طهرا بي للايقين والعينين والركع الجوده

Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat solat. Dan telah kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: “Bersihkanlah rumah ku untuk orang-orang yang tawaf, yang iktikaf, yang rukuk dan yang sujud”.

Qatadah r.h.m menerangkan tentang ayat ini: kamu disuruh bersolat di situ tetapi tidak disuruh menyentuhnya. Kami telah diberitahu oleh mereka yang telah melihat kesan tapak kaki dan jari Nabi Ibrahim a.s. Manusia berterusan menyentuhnya sehingga kesannya tanggal dan hilang.

2.Merupakan batu dari syurga

Rasullullah bersabda:

“Hajarulaswad dan Maqam Ibrahim merupakan dua biji batu daripada syurga. Allah sw.l telah menghilangkan cahaya pada kedua-duanya. Jika tidak, nescaya cahaya kedua-duanya akan menerangi antara timur dan barat”

(Sunan At-Tirmizi No. 878 & Hadis Riwayat Ahmad)

Al-Baihaqi meriwayatkan: Jika tidak kerana dosa anak cucu Adam, nescaya
cahayanya akan mampu menerangi seluruh timur dan barat dunia.

3.Tempat mustajab doa

Menurut Hassan Al-Basri dan ulama-ulama lain, berdoa di belakang Maqam Ibrahim adalah amat mustajab.

4.Bukti nyata

Maqam Ibrahim merupakan bukti nyata tentang kuasa Allah swt dan mukjizat Nabi Ibrahim a.s yang kekal sampai hari ini. Firman Allah dalam Surah Al-Imran ayat 96:

إن أول بيت وضع للناس للذي ببكة مباركا ومتى يتعلمين

Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayat bagi umat manusia.

Maqam Ibrahim merupakan mukjizat yang nyata kerana :

1. Kesan tapak kaki Nabi Ibrahim a.s di batu yang pejal
Abu Talib pernah berkata: Tempat letak tapak kaki Ibrahim di batu yang dilembutkan bagi kedua-dua tapak kaki yang tidak beralas. Tapak kaki Rasullullah mirip dengan tapak kaki Nabi Ibrahim a.s. Diriwayatkan oleh Jahm Bin Huzaifah Al-Quraisyi r.a. (pakar dalam ilmu mengenali waris) yang menyaksikan proses pembinaan Kaabah oleh Quraisy dan Abdullah bin Zubair ra berkata:

“Sesungguhnya aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih sama, seperti samanya tapak kaki Rasullullah a dengan tapak kaki Nabi Ibrahim a.s yang pernah kami lihat di Maqam”.

Daripada Imam Al-Bukhari, meriwayatkan bahawa Rasullullah pernah bersabda
dalam hadis Isra:

Aku melihat Nabi Ibrahim as dan aku ini merupakan seorang anak cucu Nabi
Ibrahim a.s yang sangat hampir rupa dengannya.

2. Kekal sepanjang sejarah

Maqam Ibrahim kekal terpelihara di Masjidil Haram selama beribu tahun walaupun terdedah dengan cuaca, banjir dan beberapa usaha untuk mencurinya. Berlaku banjir besar ‘Banjir Ummu Nahsyar’ pada zaman khalifah Umar Al-Khattab r.a., di mana ia telah dihanyutkan ke satu dataran rendah Mekah. Kemudian Khalifah Umar r.a. meletakkannya semula di tempat asal. Antara percubaan untuk mencuri Maqam Ibrahim, yang pertama, seorang lelaki bernama Juraij yang mengambil Maqam Ibrahim untuk diserahkan kepada Raja Rom tetapi gagal. Kedua, dalam peristiwa AlQaramithah, tetapi percubaan ini juga gagal.

3. Terpelihara daripada menjadi sembahan kaum musyrikin Umumnya kaum musyrikin menyembah berhala, tetapi tidak ditemui dalam fakta sejarah bahawa mereka turut menyembah Maqam Ibrahim dan Hajarulaswad. Bahkan mereka sangat menghormati kedua-duanya. Perkara ini merupakan kesucian yang dipelihara oleh Allah swt Islam menhormati Hajarulaswad dengan cara mencium dan mengusapnya manakala solat di belakang Maqam Ibrahim merupakan cara menghormatinya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *