SEJARAH HIJR ISMAIL

Sejarah Hijr Ismail

HIJR ISMAIL

Hijr bermaksud sempadan atau sekatan. Ia merupakan kawasan separuh bulat di sisi Kaabah dan terletak antara Rukun Syamin dan Rukun Iraqi. Terdapat riwayat yang mengatakan Hijir Ismail dijadikan oleh nabi Ibrahim a.s. sebagai sebuah bangsal tempat berteduh Nabi Ismail a.s ketika bermain-main di tepi Kaabah dan ia menjadi kandang kambing kepunyaan nabi Ismail a.s. Riwayat ini menunjukkan bahawa Hijir Ismail tersebut tidak termasuk dalam binaan Kaabah, sebaliknya ia merupakan kandang yang terletak di luar daripadanya.

Namun terdapat juga pendapat yang mengatakan Al-Hatim (pecahan) adalah Hijr Ismail kerana asalnya ialah sebahagian daripada Baitullah. Pendapat ini diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a.. Dinamakan AlHatim kerana tempat ini diruntuhkan daripada Kaabah. Kaabah telah dibina tinggi oleh orang Quraisy dan Hijr Ismail dikeluarkan daripadanya. Kawasan ini dibiarkan terbuka kerana kaum Quraisy kekurangan duit yang halal ketika dalam proses pembaikan Kaabah. Bahagian asal Kaabah di Hijr Ismail sebenarnya hanyalah 3 meter dari Kaabah tetapi telah dipanjangkan menjadi 5.46 meter.

Apabila Rasullullah mendengar Aisyah r.ha ingin bersolat dalam Kaabah, baginda
membawanya ke Hijr Ismail dan bersabda :

“Solatlah di dalam Hijr Ismail ini jika engkau ingin masuk ke dalam Baitullah. Kerana sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada Baitullah. Tetapi kaummu (Quraisy) kekurangan  belanja ketika mereka menbina Kaabah sehingga mereka mengeluarkan (Hijr) daripada Baitullah”
(HR Abu Dawud)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *