SEJARAH HAJARUL ASWAD (HOLY BLACK STONE)

Sejarah Hajarul Aswad

Ketika Nabi Ibrahim a.s membina Kaabah, baginda telah mengarahkan anaknya Nabi Ismail as untuk mengambil seketul batu untuk dijadikan sebagai tanda tempat permulaan tawaf. Kemudian datang malaikat Jibrail membawa Hajarulaswad yang disimpan di Bukit Abi Qubais kepada Nabi Ibrahim a.s. Apabila Nabi Ismail as kembali membawa seketul batu, baginda telah mendapati Hajarulaswad telah diletakkan oleh bapanya. Lalu baginda bertanya kepada bapanya siapakah yang telah membawa batu ini. Nabi Ibrahim a.s menjawab bahawa batu ini dibawa khas oleh malaikat Jibril.

Buat Quiz Mengenai Umrah .

Pada 519 Masihi sewaktu kaum Quraisy membina kembali Kaabah, setiap kabilah diberikan satu penjuru Kaabah. Apabila sampai pada binaan Hajarulaswad, setiap kabilah mendakwa mereka yang lebih berhak untuk meletakkan Hajarulaswad ditempatnya. Mereka kemudian menetapkan orang yang layak memutuskan perkara ini adalah orang yang pertama memasuki masjid melalui pintu Syaibah. Rasullullah adalah orang pertama yang masuk melalui pintu tersebut dan mereka bersetuju baginda dilantik sebagai hakim kerana terkenal dengan gelaran Al-Amin. Rasullullah mengambil sehelai kain lalu meletakkan Hajarulaswad ditengahnya. Setiap wakil kabilah diarahkan untuk mengangkat kain tersebut hingga ke binaan Hajarulaswad. Kemudian Rasullullah sendiri mengambil dan meletakkan Hajarulaswad ditempatnya.

Hajarulaswad adalah penanda permulaan dan akhir tawaf. la merupakan ketulan-ketulan kecil batu yang tertanam di salah satu bucu Kaabah. Sabda Rasullullah :

‘Hajarulaswad itu diturunkan daripada syurga. Warnanya lebih putih daripada susu. Maka dosa anak-anak Adam yang telah menjadikannya hitam.’

(Sunan Al Tirmizi No. 877)

Bahagian depan yang disentuh oleh manusia berwarna hitam, manakala bahagian dalam yang tertanam di Kaabah masih kekal dengan warna asal. Asalnya ia adalah seketul batu kemudian apabila jatuh dan pecah ia menjadi serpihan batu kecil. Sekitar awal abad 14 Hijrah, bilangannya kepingan Hajarulaswad adalah sebanyak lima belas keping, kemudian ia semakin berkurangan kerana proses baik pulih yang dilakukan terhadap lingkungan Hajarulaswad. Kepingan batu yang kecil dan telah hancur telah diuli semula dengan lilin dan kasturi. Kerana terlalu banyak minyak wangi diletakkan atasnya, warnanya berubah menjadi hitam.

Menurut Syeikh Mohd Tahir al-Kurdi, Hajarulaswad pada pertengahan abad 14 Hijrah, Hajarulaswad merupakan lapan kepingan batu kecil yang mempunyai saiz yang berbeza. Perpecahan Hajarulaswad menjadi kepingan batu kecil adalah disebabkan angkara khianat yang dilakukan oleh penjahat pada masa dahulu. Serpihan yang paling besar berukuran sebiji kurma dan kesemua serpihan ini ditanam di batu besar lain yang dilingkungi dengan
penutup yang diperbuat daripada perak.

Baca Panduan Ibadah Umrah 

https://umrahku.my/2021/01/22/panduan-ibadah-umrah/

Beberapa peristiwa yang menyebabkan Hajarulaswad pecah dan hancur

1.Sewaktu pembinaan Kaabah semula pada zaman Ousal Bin Kilab, Hajarulaswad telah hilang. Hasil siasatan didapati bahawa Hajarulaswad telah diambil oleh kabilah Iyad sebelum dihalau keluar dari Mekah oleh anak-anak Mudhar B. Nizar dan ditanam di salah sebuah bukit di Mekah, Qusal Bin Kilab kemudian menemui seorang saksi dan meminta menunjukkan di mana batu tersebut ditanam Hajarulaswad berjaya ditemui semula dan kemudian disimpan oleh Ousai sehinggalah ke zaman Quraisy.

2.Berlaku kebakaran di Kaabah pada waktu pemerintahan Quraisy dan pemerintahan Abdullah bin Zubair ra.. pada tahun 64 Hijrah. Hajarulaswad telah retak menjadi tiga bahagian, lalu Abdullah Bin Zubair telah mengikatnya dengan perak.

3.Peristiwa Al-Qaramithah. Qaramithah adalah satu kumpulan daripada pengikut ajaran Syiah Ismailiyah, la wujud pada tahun 204 Hijrah di Kufah. Kumpulan ini dipimpin oleh Hamdan AlQaramit dan pengikutnya digelar sebagai Oaramithah. Pada 8 Zulhijah 317 Hijrah, Abu Tahir bin Abu Sa’id Al Janabi bersama-sama dengan 900 pengikutnya telah melakukan keganasan di Mekah. Mereka telah membunuh lebih kurang 30,000 jemaah haji dan mayat-mayat dicampakkan di dalam telaga zam-zam. Kemudian mereka menanggalkan Hajarulaswad dan membawanya ke Al-Ahsa (Bahrain) dengan tujuan untuk menarik orang ramai mengerjakan haji di sana. Selepas Abu Tahir binasa, Sanbar Bin Al-Hassan telah memulangkan Hajarulaswad ke tempatnya pada tahun 339 Hijrah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *