PANDUAN IBADAH UMRAH

Panduan ibadah Umrah

PENGENALAN UMRAH

Umrah dari segi Bahasa ialah ziarah manakala umrah dari segi istilah pula ialah Mengunjugi Baitullah (kaabah) untuk mengerjakan ibadah umrah dengan niat dan syarat-syarat tertentu.

Umrah adalah wajib dilakukan sekali sahaja seumur hidup ke atas setiap orang yang mampu. Ini berdasarkan kepada dalil-dalil berikut :

1- Firman Allah swt:

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ

Maksudnya: “Dan sempurnkanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.”

(Surah al-Baqarah: 196)

2- Hadith Aisyah r.a :

فَإِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فَاعْتَمِرِي ، فَإِنَّ عُمْرَةً فِيهِ تَعْدِلُ حَجَّةً) وفي رواية لمسلم : حجة معي)

Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W: “Adakah diwajibkan jihad ke atas wanita?” Jawab Baginda S.A.W: “Ya (diwajibkan jihad ke atas wanita, akan tetapi) jihad yang tidak ada peperangan di dalamnya iaitu haji dan umrah”

Menurut Mazhab Syafie, kewajipan mengerjakan umrah ini boleh dilakukan bila-bila masa dalam kehidupan seorang muslim. Seseorang itu tidak dikira berdosa jika menangguhkan kewajipan umrah ini apabila sudah cukup syarat kemampuan selama mana dia dapat melakukannya sebelum dia meninggal dunia. Namun begitu, adalah afdal menyegerakan kewajipan umrah ini untuk melepaskan tanggungan kewajipan ini atas diri seseorang muslim.

WAKTU MELAKUKAN UMRAH

Umrah boleh dilakukan sepanjang tahun selain daripada masa seseorang itu berada dalam ihram haji sehingga dia selesai melakukan kerja-kerja haji tersebut.

 RUKUN UMRAH

Rukun Umrah mempunyai 5 perkara iaitu :

1) NIAT IHRAM

2) TAWAF

3) SAIE

4) BERCUKUR/BERGUNTING

5) TERTIB

*Rukun Umrah tidak boleh ditinggalkan, jika tidak dipenuhi, maka umrahnya tidak sah

1.NIAT IHRAM

-Niat merupakan penentuan kepada ibadah seseorang itu. Sepertimana di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Umar RA: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat…”. Jadi hukum niat ialah wajib.

2.TAWAF

– Tawaf ialah Mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali pusingan dengan syarat-syaratnya.

SYARAT-SYARAT TAWAF

Berikut merupakan syarat sah tawaf :

1) Suci daripada hadas besar dan kecil

I- Jemaah disyaratkan mengambil wuduk sebelum melakukan tawaf.

II- Jika berlaku sentuhan kulit ketika tawaf dengan lelaki/wanita ajnabi (asing), jemaah boleh berpegang kulit dengan lelaki/wanita ajnabi melainkan jika sengaja dan timbulnya syahwat.

iii. Bagi wanita dalam haid, dia kena tunggu sampai haidnya kering. Seterusnya mandi wajib, ambil wuduk, kemudianya barulah dia boleh melakukan tawaf.

2) Suci daripada najis pada pakaian, badan dan tempat tawaf.

-Tidak sah tawafnya jika terdapat najis pada ketiga-tiga perkara tadi.

3) Menutup aurat.

-Hendaklah memastikan auratnya ditutup sepanjang masa tawaf. Aurat lelaki ialah antara pusat hingga lutut dan aurat perempuan ialah keseluruhan anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

4)Tawaf hendaklah dimulakan pada sudut Hajarul Aswad.

-Hendaklah seseorang itu berada sebelum daripada garisan hajaratul aswad, ataupun di Kawasan rukun yamani . Bagi mereka yang berada jauh daripada hajarul aswad, ada papan tanda dan lampu berwarna hijau untuk dijadikan panduan permulaan tawaf. Tidak sah tawaf seseorang itu jika dia memulakan tawaf selepas daripada garisan hajarul aswad.

5)Sewaktu berjalan melakukan tawaf, Baitullah hendaklah sentiasa berada di sebelah kiri bahu.

-Jika jemaah ditolak akibat kesesakan ketika tawaf sehingga bahunya lari sedikit daripada bangunan Kaabah, maka hendaklah segera membetulkan bahunya itu menghala ke arah bangunan kaabah.

6)Berjalan itu dengan tujuan tawaf.

-Jika terdapat jemaah yang berpisah daripada kumpulannya atau pasangannya, lalu dia berjalan selepas itu bertujuan semata-mata untuk mencari kumpulannya atau pasangannya, maka batal pusingan itu sahaja bukannya semua pusingan.

7)Cukup tujuh keliling dengan yakin.

i- Jikalau was-was ketika tawaf pada bilangan pusingan tawaf, maka hendaklah mengambil jumlah yang terkecil. Contohnya, jika jemaah was-was antara enam (6) pusingan atau tujuh (7) pusingan,maka dikira masih enam (6) pusingan, maka jemaah hendaklah mencukupkan satu lagi pusingan.

ii- Jikalau tawaf secara berkumpulan, jemaah hendaklah memakai keyakinan sendiri dalam menentukan pusingan tawaf, walaupun bercanggah dengan rakan sekumpulan.

8)Tawaf itu hendaklah dilakukan di dalam masjid dan di luar dari bahagian Kaabah seperti Hijir Ismail dan Syazarawan.

-Semasa tawaf tidak boleh menyentuh bangunan Kaabah, kelambunya, Hijir Ismail dan Syazarawan.

SUNAT-SUNAT TAWAF

1.Tawaf dengan berjalan kaki.

-Dibenarkan untuk menaiki kenderaan sama ada sihat atau tidak.

2.Berittiba’ (Memakai pakaian ihram dalam keadaan membuka bahu sebelah kanan) bagi lelaki sepanjang tawaf.

3. Berlari-lari anak bagi lelaki pada pusingan pertama (1), kedua (2) dan ketiga (3). Pada pusingan keempat (4) hingga ketujuh (7), jemaah lelaki berjalan seperti biasa.

4.Melakukan istilam (Sentuh) Hajarul Aswad kemudian mengucupnya. Jika tidak mampu, disunatkan isyarat dengan tangan dari jauh sambil menyebut ( Bismillahi Allahu Akbar ) kemudian kucup tapak tangan tanpa membunyikan suara kucupan tersebut. Begitu juga sunat istilam (sentuh) rukun yamani tetapi tidak sunat mengucupnya. Jika tak mampu, disunatkan isyarat dengan tangan dari jauh sambil menyebut (Bismillahi Allahu Akbar ) tanpa kucup tapak tangan tersebut.

*Jemaah hanya dinasihatkan melakukan isyarat sahaja pada dua (2) tempat ini. Jika mahu mengucup hajarul aswad, pastikan ia dilakukan di luar masa tawaf.

5.Membaca doa dan wirid.

6.Berturut-turut tujuh pusingan tawaf tersebut.

-Kalau penat boleh berhenti dan sambung semula pada tempat yang berhenti tadi. Yang afdalnya sambung pada penjuru Hajarul Aswad.

7.Tawaf dengan tawaduk dan khusyuk.

8.Melakukan solat sunat dua (2) rakaat setelah selesai tawaf di belakang Maqam Ibrahim.

Lafaz niat :

Maksudnya : Sahaja aku solat sunat tawaf dua rakaat kerana Allah Taala

*Pada rakaat pertama : selepas al-Fatihah, baca surah al-Kafirun

*Pada rakaat kedua : selepas al-Fatihah, baca surah al-Ikhlas

*Makruh ittiba’ ketika menunaikan solat sunat tawaf

*Selepas menunaikan solat sunat ihram, sunat berdoa di belakang Maqam Ibrahim dan juga di Multazam

(satu kawasan antara Hajarul Aswad dan Pintu Kaabah). Seterusnya sunat minum air zamzam sepuaspuasnya. Kemudian sunat keluar daripada kawasan tawaf melalui Bab al-Safa (Pintu Safa) untuk melakukan saie pula

PERKARA-PERKARA MAKRUH SEMASA TAWAF

1) Makan atau minum

2) Bercakap-cakap dengan percakapan yang kurang sopan.

3) Membaca doa dengan nyaring.

4) Bercakap dengan menggunakan telefon bimbit.

5) Melakukan ramal dalam semua pusingan.

6) Menahan kentut, buang air kecil dan air besar.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN TAWAF

1) Terbuka aurat dengan sengaja.

– Jika aurat itu terbuka disebabkan tiupan angin dan dia segera menutupnya maka tidak batal tawafnya. Akan tetapi sekiranya disebabkan perbuatan manusia ataupun ditiup angin dan dia tidak segera menutupnya maka tawafnya batal.

2) Menyentuh Kaabah/kelambunya termasuk syazarwan.

– Jika dia menyentuh bahagian Kaabah maka pusingan tawafnya batal.

3) Menyentuh atau memasuki hijr ismail

-Tidak sah tawaf yang dilakukan di dalam hijr ismail.

4) Tidak yakin 7 pusingan tanpa menambah satu pusingan yang menyakinkan.

-Hal ini kerana syarat sah tawaf ialah mesti cukup 7 pusingan dengan yakin.

5) Belum cukup 7 pusingan kemudian terus sai’e dan bergunting kerana dibimbangi ditinggalkan kawan atau keluarga.

3.SAIE

-Saie ialah berjalan ulang alik antara Bukit Safa dan bukit Marwah menurut syarat-syaratnya.

SYARAT-SYARAT SAIE

1)Hendaklah dilakukan selepas melakukan Tawaf

2)Mulai daripada Bukit Safa dan disudahi di Bukit Marwah

3)Cukup tujuh kali dengan yakin, iaitu dikira dari Safa ke Marwah sekali dan dari Marwah ke Safa sekali

4)Hendaklah saie sehingga sampai ke penghujung tempat saie di Bukit Safa dan Bukit Marwah pada tiap-tiap kali.

5)Hendaklah saie di tempat yang ditentukan sekarang.

6) Mengekalkan niat untuk bersaie sepanjang masa melakukan saie itu.

SUNAT-SUNAT SAIE

  • Keluar ke tempat saie melalui Pintu Safa.
  • Menaiki Bukit Safa dan Marwah hingga sampai ke batu-batu bukit.
  • Mengadap ke arah kiblat dan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil mengucapkan:
  •  (Allahu akhbar, allahu akhbar, allahu akhbar Walillailham) setiap kali berada di atas Bukit Safa dan Marwah.
  • Berlari-lari anak bagi lelaki (tidak bagi wanita) apabila sampai di suatu tempat yang bertanda lampu hijau.
  • Berturut-berturut (muwalat) antara pusingan saie.
  • Suci daripada hadas besar dan kecil serta menutup aurat.
  • Berjalan kecuali uzur. Maka boleh menggunakan kenderaan seperti kerusi roda.
  • Berdoa
  • Berittiba‘

4. BERCUKUR/BERGUNTING

Maksud bercukur/bergunting ialah Menanggalkan atau menghilangkan sekurang-kurangnya tiga helai rambut di kepala dengan menurut syarat-syarat sahnya.

1) Boleh menggunting rambut sendiri atau rambut orang lain.

2) Boleh bergunting di mana-mana sahaja. Tidak ada tempat yang khusus untuk bergunting.

3) Disunatkan bagi lelaki untuk mencukur kepalanya. Diriwayatkan dalam hadis Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah SAW memohon keampunan bagi orang yang mencukur kepalanya sebanyak dua kali dan bagi orang yang menggunting rambutnya sekali.

4) Perempuan dilarang untuk mencukur rambutnya, sepertimana terdapat dalam hadis riwayat Aisyah bahawa Rasulullah SAW melarang perempuan mencukur kepalanya.

*Dengan melakukan bercukur/bergunting ini, maka terlepaslah jemaah daripada segala pantang larang dalam ihram umrah.

NOTA: bertahallul bukan bermaksud bergunting/bercukur. Tahallul maksudnya bebas dari larangan ihram.

5.TERTIB PADA KEBANYAKKAN RUKUN

WAJIB UMRAH

1) Niat Ihram di Miqat

2) Meninggalkan perkara larangan dalam ihram

* Wajib umrah jika tidak terpenuhi, maka ibadah umrahnya tetap sah tetapi harus bayar dam.

NIAT IHRAM DI MIQAT(WAJIB UMRAH)

Apabila bas mahu mula bergerak daripada Bir Ali, maka jemaah hendaklah berlafaz niat umrah dalam keadaan mengadap kiblat jika keadaan mengizinkan. Lafaz niat umrah :

Maksudnya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala”

Bagi jemaah yang masuk ke Mekah melalui Malaysia, wajib berniat ihram sebelum pesawat melepasi miqat Qarn Manazil

PERHATIAN :

i.Wanita dalam keadaan haid tidak dihalang daripada berniat umrah.

ii.Bagi wanita yang sedang suci dan menjangkakan haidnya akan tiba selepas berniat ihram digalakkan berniat secara bersyarat untuk mengelakkan timbulnya masalah terutamanya jika tidak dapat menyempurnakan kerjakerja umrah sedangkan waktu untuk pulang ke tanah air sudah hampir dan haidnya masih belum kering. Lafaz niat umrah secara bersyarat seperti berikut:

“Sahaja aku berniat umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala, sekiranya aku didatangi haid maka aku menjadi halal”.

Apabila datangnya haid, maka ia secara automatik terlepaslah dirinya daripada pantang-larang ihram dan dia juga tidak terikat dengan kerja-kerja umrah lagi.

iii. Wanita yang sedang suci dan khuatir kedatangan haid yang akan menyebabkan berlaku gangguan dalam perjalanan kerja-kerja umrahnya, dibolehkan memakan pil penahan haid, tetapi setelah mendapat nasihat daripada doktor wanita yang dipercayai.

Selepas berniat ihram jemaah disunatkan banyak bertalbiyyah. Lafaz talbiyyah adalah seperti berikut :

Maksudnya : “HambaMu datang menyahut panggilanMu, Ya Allah, HambaMu datang menyahut panggilanMu. HambaMu datang menyahut panggilanMu, Tidak ada sekutu bagiMu, HambaMu datang menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaanMu. Tidak ada sekutu bagiMu.”

Perhatian : Talbiyyah bagi umrah sunat dilafazkan bermula selepas berniat dan tamat apabila jemaah mahu mula melakukan tawaf.

3) Larangan Ihram

LARANGAN IHRAM adalah Setelah seseorang itu berniat untuk mengerjakan umrah, wajiblah dia
menjauhi larangan-larangan semasa ihram. Antaranya ialah:

1. Memakai pakaian yang berkurung, termasuk kasut bagi lelaki.
2. Menutup kepala atau sebahagiannya bagi lelaki.
3. Menutup muka bagi wanita.
4. Memakai sarung tangan bagi wanita dan lelaki.
5. Menghilangkan, menggugurkan rambut atau mana-mana bulu di badan.
6. Mengetip kuku.
7. Menggunakan wangi-wangian.
8. Melakukan aqad nikah.
9. Persetubuhan, membatalkan Umrah.
10. Melakukan perkara-perkara yang menaikkan syahwat seperti
bersentuhan, berpeluk atau bercium.
11.Memburu binatang darat yang boleh dimakan.
12. Memotong, menebang atau mencabut tumbuh-tumbuhan di
Tanah Haram.

PERBEZAAN ANTARA HAJI DAN UMRAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *