MENGINGATI PERISTIWA DI JABAL NUR, GUA HIRA’ DAN GUA TSUR

jabal nur gua hira dan gua tsur

Jabal Nur dan Gua Hira’

1. Ciri-ciri Jabal Nur dan Gua Hira’

Gua Hira’ ialah sebuah gua yang terletak kira kira 2 batu (3.2km) dari Makkah, di atas sebuah gunung bernama Jabal Nur di wilayah Hijjaz di Arab Saudi. Gua itusendiri berukuran 12 kaki (3.7m) panjang 5 kaki 3 inci (1.60m) lebar. Tinggi gua itu ialah 270m (890 kaki) dan boleh didaki dengan kira-kira 600 anak tangga. Letaknya tebing menanjak yang agak curam walaupun Gunung Jabal Nur tidaklah terlalu tinggi. Pendakian menuju ke Gua Hira’ melalui lereng lereng bukit yang kering dan berbatu, setiap orang haruslah memiliki kekuatan fizikal dan mental yang kuat. Gua ini terkenal sebagai tempat di mana Nabi Muhammad menerima wahyu yang pertama daripada Allah melalui Malaikat Jibril. Gua Hira’ adalah tempat Nabi Muhammad SAW selalu menyediri dan bermunajat dan bertahannuth. Kepada Allah SWT selama tiga tahun. Baginda juga selalu ke situ bagi menghindari masyarakat Arab Jahiliyah yang pada saat itu masih belum lagi beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat dan dosa – dosa besar.

2.Keistimewaan Gua Hira’

i- Sebelum turunnya wahyu yang pertama, gunung ini terkenal dengan Jabal Hira’. Setelah turunnya wahyu ditukar namanya Jabal Nur yang bererti cahaya kerana dari situlah cahaya islam mula memancarkan sinarnya ke seluruh penjuru alam.

ii- Gua Hira merupakan gunung yang digunakan oleh Rasulullah saw untuk berkhalwat (menyediri) di dalam dan beribadah sebelum beliau diangkat menjadi seorang Rasul.

iii- Gua Hira telah terpilih untuk menerima beberapa kelebihan dan kemuliaan yang tidak dimiliki oleh bukit-bukit lain. Allah swt memuliakannya dengan menjadikannya tempat Rasulullah saw beribadat dan turunnya wahyu              pertama.

Jabal Tsur dan Gua Tsur 


Perkataan Tsur bermakna lembu jantan kerana bentuk Jabal Tsur seperti belakang lembu jantan. Bukit Tsur ini terletak di tengah-tengah Makkah, kira-kira 4 km dari sebelah selatan Masjidilharam. Tinggi bukit ini ialah sekitar 458 meter. Untuk mendaki ke puncak (gua) memerlukan masa lebih kurang 1 jam. Pada masa sekarang kawasan bukit ini dikenali dengan nama “Hayyu al-Hijrah” iaitu di kawasan Kudai. Di bukit ini terdapat Gua Thur, dimana merupakan tempat Rasulullah dan sahabatnya Abu Bakar r.a. bersembunyi selama 3 hari ketika mereka berada dalam perjalanan hijrah ke Madinah. Gua Thur mempunyai ketinggian sekitar 1.25 meter. Panjang dan lebar Gua Thur 3.5 meter x 3.5 meter. la mempunyai dua pintu iaitu di sebelah barat dan satu lagi di sebelah timur. Pintu sebelah barat merupakan pintu yang digunakan oleh Rasulullah . Ketinggian pintu tersebut kira-kira 1 meter. Oleh itu sekiranya ingin masuk ke dalam orangramai terpaksa mencangkung, kemudian bergerak secara merangkak atau berjalan itik. Manakala pintu yang lagi satu iaitu pintu sebelah timur lebih luas berbanding pintu sebelah barat. Ia sengaja dibuat begitu untuk memberi kemudahan kepada orang ramai untuk keluar masuk ke gua tersebut.

Peristiwa yang berlaku di Gua Tsur

Peristiwa ini terjadi setelah pihak Musyrikin merancang untuk membunuh Rasulullah menahan atau menghalaunya. Lalu baginda keluar dari rumahnya pada malam 27 Safar selepas 14 tahun kenabian, bersamaan 12/13 September 622M. Pemergian Rasulullah & ini telah ditemani oleh sahabatnya yang setia iaitu Abu Bakar Al-Siddiq r.a. Mereka bersembunyi dalam gua tersebut selama tiga hari sehiggalah orang-orang kafir Quraisy yang mengejar mereka mengaku kalah kerana tidak dapat mengesannya dan kembalisemula ke Makkah. Terdapat 3 binatang yang memainkan peranan ketika Rasulullah Saw dan Abu Bakar Al-Siddiq berada di dalam gua tersebut iaitu labah-labah, burung merpati dan cicak. Terdapat segelintir orang Quraisy terdetik hati untuk memeriksa Gua Thur tersebut. Ini kerana mereka terdengar akan bunyi cicak. Ini menandakan terdapat orang berada berhampiran dengan cicak itu dan cicak tersebut berada di dalam gua tersebut. Semasa pihak Quraisy mahu memeriksa, mereka seakan tidak percaya terdapatnya orang didalam gua tersebut. Ini kerana terdapat dua ekor binatang iaitu labah-labah dan burung merpati. Pada pintu gua tersebut, terdapat sarang labah-labah yang cantik dan tidak rosak. Tambahan pula terdapat burung merpati yang telah mengeram telurnya pada sarang burung merpati tersebut. Dengan bantuan binatang tersebut, perasaan pihak Quraisy untuk memeriksa gua tersebut telah hilang dan mereka kembali semula ke Mekkah. Setelah itu, mereka meneruskan perjalanan ke Madinah. Ketika bersembunyi di situ, Abu Bakar merasa bimbang jika ada orang yang menjumpai mereka dan membunuh Rasulullah tetapi Baginda menenangkan beliau. Diriwayatkan daripada Anas r.a. bahawa Abu Bakar menceritakan :

“Aku bersama Rasulullah di dalam gua dan aku dapat melihat kaki pihak Musyrikin.

Aku berkata “Wahai Rasulullah, jika salah seorang daipada mereka mengangkat kakinya nescaya mereka akan dapat melihat kita”.

Baginda bersabda “Wahai Abu Bakar, apakah yang kamu fikirkan tentang dua orang apabila Allah S.W.T. merupakan pihak yang ketiga bersama mereka?”

Setelah tiga hari berada di dalam Gua Thur, barulah mereka keluar untuk meneruskan perjalanan ke Madinah dengan menaiki dua ekor unta yang di bawa oleh Abdullah bin Uraiqit, atas arahan Abu Bakar. Abdullah ketika itu masih belum memeluk Islam, tetapi dia merupakan seorang yand dipercayai oleh Abu Bakar. Maka pada malam Isnin awal bulan Rabi’ul Awal, tahun pertama Hirah, bersamaan 16 September 622H Rasulullah & Abu Bakar ra dan ‘Amir bi Fuhairah (pengembala kambing Abu Bakar) bertolak ke Madinah dengan Abdullah bin Uraiqit berperanan sebagai penunjuk jalan bagi mereka.

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *