2. Kaum Quraisy meminta Bukit Safa dijadikan bukit emas
Menurut Ibnu Abbas r.a, kaum Quraisy datang menemui Rasulullah memohon agar bukit Safa ditukar menjadi bukit emas dengan janji mereka akan beriman selepas itu. Kemudian baginda berdoa kepada Allah dan malaikat Jibril datang kepadanya:
“Sesungguhnya Tuhanmu memberi salam kepadamu dan berfirman: Jika engkau mahu, nescaya akan dijadikan bukit Safa itu emas buat mereka. Dan sesiapa yang ingkar selepas itu, maka aku akan menyeksanya dengan azab yang belum pernah Aku timpakan kepada seluruh alam ini. Dan jika engkau kehendaki nescaya aku akan bukakan pintu taubat dan rahmat bagi mereka? Lalu Rasullullah menjawab: aku ingin agar dibukakan pintu taubat dan rahmat”.
Dalam riwayat lain, pada ketika itu turunlah surah al-Isra’ ayat 59: ”Dan tidak ada yang dapat menghalang kami daripada mengirimkan kepadamu tanda tanda kekuasaan kami melainkan tanda-tanda itu telah didustai oleh orang-orang terdahulu”.
3. Abu Jahal menyakit Rasulullah Ketika Rasulullah berada di bukit Safa, Abu Jahal datang mencerca dan menyakit baginda Kepala baginda dipukul dengan batu sehingga luka dan berdarah. Apabila perkara ini sampai ke pengetahuan Hamzah Bin Abdul Mutalib, beliau kemudian memukul Abu Jahal dengan busur panahnya sehingga luka parah dan seterusnya memeluk Islam.
4.Peristiwa berkaitan dengan pembukaan Mekah a. Bukit Safa menjadi tempat pertemuan antara pimpinan tentera selepas Kota Mekah ditawan. b. Rasullullah naik atas bukit Safa selepas melakukan tawaf kemudian menghadap Kaabah seterusnya memuji dan memuja Allah swt serta berdoa kepadaNya. c. Rasullullah mengisytiharkan keamanan kepada penduduk Kota Mekah ‘Sesiapa yang memasuki rumah Abu Sufyan maka dia akan mendapat keamanan, sesiapa yang meninggalkan senjatanya maka dia akan mendapat keamanan dan sesiapa yang memasuki rumahnya dan menutup pintu maka dia akan mendapat keamanan’ d. Orang yang pernah menyakiti Rasullullah datang memberi baiah janji setia serta beriman kepada Allah swt.
5.Tempat keluarnya Dabbah dari bumi Dalam Surah Al-Naml ayat 82:
“Dan apabila telah tetap perkataan ke atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin dengan ayat Kami’
Antara tanda-tanda hampirnya kiamat ialah keluarnya Dabbah (bintang besar) dari bumi.
Bukit ini terletak di sebelah utara Masjidil Haram kira-kira 300 meter ke arah timur laut dari Rukun Syami di Kaabah. Menjadi tanda tempat berakhirnya ibadah salle Merupakan bukit kecil yang terbina daripada batu api atau geretan iaitu batu putih yang keras.
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Comment
Name *
Email *
Website
Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.
Post Comment
created with
Terima Kasih Kerana Melawat Website Kami
There was an error while trying to send your request. Please try again.